‘Mana mama? Mama tak balik kerja lagi?’, Soalan anak jururawat yang maut ditikam suami undang sebak netizen

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Hujung minggu lepas, tular sebuah kes melibatkan seorang lelaki yang juga bekas tentera dipercayai telah menikam isterinya

sehingga meninggal dunia akibat cemburu dalam satu kejadian di Arau, Perlis.

Suspek yang berusia 38 tahun telah ditahan reman seminggu dan nasib anak-anak mangsa kini menjadi perhatian ramai.

‘Mana mama? Mama tak balik kerja lagi?’, Soalan anak jururawat yang maut ditikam suami undang sebak netizen

“Mana mana, tak balik kerja lagi ke?”
Menurut Berita Harian, jenazah mangsa, Allahyarham Munirah Abu Bakar telah dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Beseri, Padang Besar.

Namun apa yang lebih menyayat hati, kakak kepada mangsa, Melati Abu Bakar, 39, memaklumkan bahawa dua anak mangsa yang berusia 8 dan 6 tahun masih tidak tahu akan perkara sebenar yang menimpa ibu mereka.

Anak-anak arwah adik belum mengetahui kejadian sebenar berlaku pada ibu mereka dan mungkin akan tahu bila jenazahnya pulang untuk dikebumikan hari ini (semalam),” katanya.

Tambahnya lagi, anak sulung arwah juga kerap bertanyakan di mana ibu mereka dan menganggap ibunya masih belum pulang ke rumah kerana bekerja.

Anak sulung arwah ada tertanya-tanya juga, ‘Mana mama? Mama tak balik kerja lagi?’

“Mereka mungkin menganggap ibu mereka masih di tempat kerja dan belum pulang,” katanya lagi.

Keluarga mangsa akan bincang soal penjagaan anak

Dalam pada itu, ibu bapa kepada Allahyarham Munirah memaklumkan yang mereka akan membincangkan soal penjagaan anak kepada jururawat berkenaan bersama keluarga suami mangsa.

Abu Bakar Senapi, 64 berkata, pihaknya masih belum memikirkan mengenai hal tersebut memandangkan kes yang menimpa arwah anak perempuannya itu baru saja berlaku.

Utu Anak Jururawat Tikam Scaled 1

“Kita akan datang berbincang dengan keluarga besan saya nanti dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, kita belum capai apa-apa keputusan lagi,” katanya.

Terdahulu, jenazah Munirah yang telah ditikam suaminya itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kemudian dibawa pulang ke kediaman di Beseri untuk proses pengebumian.

Hampir 100 orang difahamkan telah hadir ke majlis pengebumian mangsa yang mana terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan sekerjanya di Hospital Tuanku Fauziah.

Al fatihah…

BACA: “Kau keluar rumah malam ni, jatuh talak 3, dengan senyuman aku keluar, kerana mak mertua dan suami, dalam diam aku pun merancang”