Malas yang tak boleh dibendung, gara-gara malas hafal skrip, ini pelakon terkenal yang guna alat bantuan ketika berlakon

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Malas yang tak boleh dibendung, gara-gara malas hafal skrip, ini pelakon terkenal yang guna alat bantuan ketika berlakon

Dunia lakonan bukanlah suatu pekerjaan yang mudah, ia lebih melibatkan kepada bakat dan semangat individu tersebut untuk memegang watak yang telah dipertanggungjawabkan.

Usaha dan kerja keras dapat dilihat sepanjang hasil karya milik mereka. Namun tidak semua mampu menyampai skip filem mereka secara luhur.

Malas yang tak boleh dibendung, gara-gara malas hafal skrip, ini pelakon terkenal yang guna alat bantuan ketika berlakon

Rupanya ada beberapa daripada mereka selama ini bermain helah dengan menggunakan alat pendengar semasa kerja.

Siapa mereka?

#1 Rita Ora

Penyanyi pop yang ingin juga menempa dalam dunia perfileman ini telah membuat pengakuan terbuka di dalam sebuah wawancara bersama Acces Hollywood dia menggunakan alat bantuan pendengar.

Rita memegang watak sampingan sebagai adik Christian Grey dalam filem romantis erotik, Fifty Shades of Grey. Dia memberi alasan dia terlalu gementar untuk menuturkan skrip sehingga perlu mendapat bantuan.

Tahukah anda, peranan Rita dalam filem tersebut tidak sampai dua minit pun. Dia hanya mempunyai empat ayat skrip seperti;

“She’s here?” / “Oh my God, you exist.” / “Uck, Seattle baseball.” / dan beberapa ayat dalam bahasa Perancis.

Niat ada hati nak jadi pelakon tapi skrip tak sampai dua perenggan pun sudah gementar. Macam mana?

#2 Bruce Willis

Bruce Willis sering terlibat dalam dunia filem aksi seperti filem francais aksi terkemuka Hollywood, Die Hard. Mungkin tidak menjadi masalah untuk dia melantunkan skrip dan aksi dalam masa yang sama untuk gambar filem tapi tidak secara langsung.

Aktor lagenda ini rupanya pernah mengalami kesukaran ketika memegang watak sebagai Paul Sheldon dalam teater Broadway Misery pada 2015.

Akibat penukaran skrip menyebabkan dia gementar dan terpaksa memakai alat pendengaran bagi membantu dia menyampaikan skrip yang baru.

#3 Johnny Depp

Menurut dari laporan terbaharu mengenai aktor ini, dia pernah mengupah seorang jurutera bunyi sehingga ribuan dolar sebagai membantu dia menyampai skrip dalam produksi filem.

Dari portal Vulture pada tahun 2008, aktress Kristen Dunst memberitahu dia mengetahui Johnny Depp menggunakan alat bantuan, walaupun dia tidak berapa pasti apakah sebabnya.

“Dia ada alat pendengar, patutlah lakonannya hebat,” kata Kristen Dunst.

#4 Tom Cruise

Semasa dalam filem Days of Thunder pada tahun 1990, Tom Cruise dan krew filem bijak mengubah situasi filem menjadi lebih menarik.

Sewaktu pertama kali dia mendapat perubahan skrip, Tom menggunakan krew filem untuk membacakan skrip melalui radio earphone yang dipakainya. Kemudian berpura-pura seolah-olah mendengar arahan dari pasukan lumba keretanya. Walhal dia sedang mendengar skrip dan teknik itu sebenarnya berjaya.

Bayangkan penyampaian skrip yang bukan melalui penghayatan, adakah ia berbaloi untuk ditonton?

BACA: ‘No komen’, Muhyiddin enggan ulas menantu jadi ‘wanted list’ interpol, elak jadi modal kempen PH?