Malas isi minyak punya pasal, Dynas Mokhtar tersadai tepi jalan ini yang terjadi

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pelakon Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, mengalami insiden terkandas di tepi jalan

Bersama dua anaknya selepas kereta yang dipandunya kehabisan minyak.

Menurut Dynas, kejadian berlaku ketika dia memandu sebuah Proton Perdana milik syarikat,

aDInilah masalah bila kita tak guna kereta sendiri tapi pakai kenderaan syarikat. Kita sangka minyak masih mampu pergi jauh,” katanya.

Anak-Anak Tetap Tenang

Malas isi minyak punya pasal, Dynas Mokhtar tersadai tepi jalan ini yang terjadi

Dynas berkongsi pengalaman itu melalui TikTok miliknya. Dalam video tersebut, anak-anaknya kelihatan tenang duduk di dalam kereta sementara bantuan tiba.

Rakaman itu juga menunjukkan polis bantuan membantu sebelum suaminya, Mohamad Shazrik Che Din, tiba dengan botol berisi petrol.

Dynas mengakui insiden itu berpunca daripada sikapnya yang tidak mengendahkan pesanan suami untuk mengisi minyak sebelum keluar.

“Suami saya dah pesan tapi saya malas nak pergi stesen minyak. Bila dia datang hantar petrol, mestilah kena marah dulu,” ujarnya berseloroh.

Sejarah Berulang Dengan Kereta Jenama Tempatan

Dynas turut mendedahkan ini bukan kali pertama dia mengalami situasi sebegini. Ketika menggunakan kereta pertamanya, Proton Waja, masalah kehabisan minyak kerap berlaku.

Namun, pengalaman itu tidak berulang setelah dia beralih kepada kereta jenama luar negara.

“Mungkin saya tak serasi dengan kereta jenama Malaysia. Kali terakhir perkara ini berlaku masa saya pakai Waja. Sekarang guna Proton Perdana, jadi lagi. Mungkin kalau tukar Perodua, tak kena macam ini,” katanya bergurau.

Walaupun insiden itu agak mencuit hati, Dynas tetap mengingatkan dirinya untuk lebih berhati-hati dan tidak mengabaikan pesanan suami pada masa akan datang.

BACA: Ramai tak tahu, boleh dapat 6 bulan gaji dari perkeso kalau dipecat majikan