salam semua. Aku guna fake account. Aku buntu tak tau nak bercerita dengan siapa.
Aku pilih untuk meluah di sini sebab otak aku dah tepu. tak kisah orang nak kecam atau nak cakap ape.aku dah berkahwin hujung tahun lepas. ‘
Aku kenal isteri aku hampir 2 tahun sebelum kahwin. tak ade masalah, die baik, lembut dan ramah dengan parent aku.
masalah timbul sebaik sahaja malam pertama. Sebelum kahwin aku dah bincang, aku mintak die cakap kalau ade ape2 yang nak bagitau sebelum kawen. die ckp tak ade ape.
Malam tu aku dapat tau die dah tak suci. ye, smbil menangis dia bercerita. aku macam, entah. dah hilang perasaan. Aku terkebil2 sendiri.
Bukan tujuan aku nak melawan takdir, memang aku tak mampu nak ubah masa silam. Dengan ceritanya yang pada aku terlalu mudah die serahkan dirinya pada bekas kekasih hatinya sedangkan aku bertungkus lumus kerja di luar negara mengumpul duit.
Tiba2 datang bende macam ni. Aku tak harap makian dari viewer group ni, cuma aku tak ade tmpat nak meluah sekarang aku tinggalkan dia kat rumah parent dia. dan dengan alasan pkp ni aku tak balik.
Aku tak salahkan takdir yang brlaku atau kisah silam dia, cuma aku terkejut. macam tak berbaloi aku kerja keras, aku tanggung semua mase bercinta.
Entahlah…aku tak dapat tido. Muke pun dah cengkung ni haa. aku nk bincang dengan parent aku dulu tengok apa pndangan diorang. dengn wife aku dah bagitau suruh prepare.
Sebab bile dah macam ni, dua2 tak bahagia. aku tunggu waktu yang sesuai untuk bincang dengan parent aku, takut dia salahkan wife aku tu. terima kasih min. sambil menaip mate aku basah. aku lelaki yang lemah. assalamualaikum.
BACA:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio