Assalammualaikum. Aku Redheart. Berusia 30-an, dah berkahwin dan ada 2 orang anak lelaki. Aku selalu juga baca luahan kisah dalam page ni bila bosan. Jadi aku rasa nak kongsi cerita aku kat sini.
Aku dan suami berjumpa di zaman universiti. Satu fakulti. 3 hari selepas berjumpa, suami tawarkan aku jadi gf dia dan aku terima.
Kenapa? Sebab aku tengah lari dari bekas bf yang psych0 masa tu. Jadi jalan mudah adalah cari bf baru.
Usia 17 tahun dan aku masih tak m4tang pada masa tu. Siapa sangka Allah jadikan dia j0doh aku. 7 tahun bercinta, macam orang lain juga. Ada pasang surutnya. Berkahwin pada tahun 2011, jadi usia perkahwinan kami sudah hampir 10 tahun.
Sedikit latar belakang aku supaya korang faham kenapa aku masih OK. Aku dilahirkan bukan dari keluarga tipikal. Aku merupakan anak dari isteri kedua dan pandangan masyarakat pada anak seorang “per4mpas” adalah k3jam ye.
Aku dibuIi dari kecik. Dipulaukan kawan – kawan kerana aku “budak PTS”. Kawan – kawan sekelas semuanya tua setahun dari aku. Aku dip4ksa belajar setiap masa sebab bila aku pandai, mak akan bangga dengan aku.
Mak meninggaI sewaktu usia aku 14 tahun dan Mak adalah orang yang sangat penting yang membentuk diri aku (baik dan buruk).
Lepas mak meninggaI, aku dan adik tinggal dengan isteri pertama Ayah tapi lepas setahun mak meninggaI, Ayah nak kahwin lagi. Alasannya dia tak boleh beristeri cuma seorang.
Isteri pertama Ayah minta cerai sebab bertahun – tahun dia menahan hidup bermadu dengan mak, bila mak pergi Ayah tetap cari isteri baru.
Aku faham perasaan dia. Ayah kahwin dengan gadis muda, beza cuma 8 tahun dari usiaku. Perasaan dapat ibu tiri muda? Aku dah hilang perasaan masa ni. Tapi Ayah tetap dengan per4ngai dia, sampai saat ini ayah aku dah kahwin 5 kali.
Dan adik tiri aku lebih muda dari anak aku sendiri. Korang boleh bayang hidup di tempat aku?? Aku membesar dalam surv1val mode. Hidup aku adalah sama ada bertahan atau terus berjalan. Aku jadi seorang yang keras hati. Aku agr3sif bila aku inginkan sesuatu.
Menangis adalah sesuatu yang must4hil bagi aku. Sebab waktu mak dalam lCU beberapa hari sebelum dia pergi, antara kata – kata last Mak adalah, “Jangan nangis. Kakak kuat. Tolong jaga adik elok – elok. Mak tahu kakak kuat jadi kakak tak boleh nangis”.
Sewaktu mak s4kit, mak selalu pesan pada aku, “Kakak kena belajar pandai – pandai. Nanti dah besar, kakak kena kerja. Jangan duduk rumah macam mak. Kakak kena ada duit sendiri. Jangan percaya pada lelaki. Jangan tunggu duit dari laki. Bila kita ada duit sendiri, kita ada kuasa sendiri..”
Jadi dalam hidup aku, aku tak percayakan cinta seorang lelaki. Aku cuma percayakan diri sendiri. Aku membesar dengan kawan – kawan lelaki. Aku sentiasa ada kawan baik lelaki walau ramai kawan – kawan perempuan. Tapi aku sentiasa ada garisan friendzone dengan bff aku.
J0doh Allah, aku bertemu suami. Dia seorang suami dan ayah yang baik. Suami tak culas dalam nafkah. Dia bantu jaga anak – anak. Belanja bulanan kami bahagi dua sebab aku pun bekerja dan gaji kami hampir sama (walau aku tinggi sedikit saja dari suami).
Orang luar yang lihat kami pasti akan rasa kami keluarga normal yang bahagia. Ada juga kawan – kawan yang kata cemburu lihat kami. Sebab suami aku ni kelakar orangnya dan kami boleh berlawak depan kawan – kawan lain.
Dari segi harta, hidup kami tak mewah. Tapi juga tak susah. Alhamdulillah. Sesungguhnya aku memang bersyukur dapat suami. Dia penyabar walau anginku macam put1ng beIiung kadang – kala. Aku ada masalah agak baran terutamanya bila aku str3ss dengan masalah kerja, masalah keluarga (ayahku selalu buat hal), masalah duit (bukan berkaitan suami).
Tapi suami aku selalu bertahan dengan kerenah aku. Suami aku sejenis tak begitu pandai berbual dengan perempuan. Apatah lagi ambil hati mereka. Jadi aku tak pernah terasa nak curiga dengan suami. Kawan – kawan dia, aku kenal dan kawan – kawan aku, dia kenal.
Aku betul – betul percayakan suami sebab aku rasa dia berbeza dengan ayah aku. Suami aku bukan seorang yang r0mantik. BerbeIas tahun kenal suami, cuma beberapa kali dibelikan hadiah. Kalau aku mahu apa – apa, aku perlu minta. hadiah harijadi juga selalunya tak ada.
Apatah lagi sambutan anniversary. Aku redha je sebab aku kenal suami. Kali pertama aku kena depr3ssion adalah selepas mak meninggaI. Aku ambil masa 2 tahun untuk pulih. 2018 aku diIanda depr3ssion sekali lagi. Aku jadi macam nak bersendiri, menangis seorang diri malam – malam.
Aku ada perasaan nak bvnuh diri. Tapi antara perkara yang menghalang aku dari m4ti adalah kerana aku cuba ingatkan Allah dan aku sayangkan anak – anak aku. Mak pergi masa aku 14 tahun dan aku rasa itu kes4kitan paling s4kit untuk seorang anak.
Jadi aku tak nak anak – anak aku lalui benda yang sama. Suami? Aku tau dia sedar perubahan aku tapi dia tak ade inisiatif untuk bantu aku atau sokong aku. Jadi aku kena bantu diri sendiri. Suami aku mula berjinak dengan sejenis sukan.
Mula – mula hanya 2 malam dalam seminggu dia akan keluar. Tapi sem4kin lama sem4kin kerap dia keluar dan sem4kin lama. Akhirnya setiap malam dia akan keluar dan habiskan masa berjam – jam sama ada untuk sukan tersebut atau melepak bersama kawan – kawan.
Walaupun dia masih membantu kerja – kerja rumah, aku terasa sem4kin lama sem4kin terabai. Pulang dari kerja dia akan tidur. Selepas makan malam dia akan bantu kemas rumah dan kemudian keluar sehingga 2 – 3 pagi. Awal pagi kami akan keluar bekerja dan balik lewat petang atau sebelum maghrib.
Begitulah rutin kami. Hujung minggu biasanya dia akan baIas dend4m dengan tidur ataupun dengan aktiviti lain. Malam dia akan keluar. Ada hari – hari yang aku rasakan macam tiada suami. Aku sunyi. Aku cuba berbincang dengan suami tapi tiada perubahan.
Selain dari itu, tuntutan kerja suami aku juga memerlukan dia untuk travel ke beberapa buah negeri dalam sebulan. Johor, Perak, Sabah, Sarawak, dan sebagainya. Aku teramat sunyi. Mujur Allah hadirkan kawan – kawan baik yang sentiasa memeriahkan hidup aku.
Dek kerana travel untuk kerja, seorang kawan uni menghubungi suami bila nampak suami ada upload gambar travel ke tempat dia. Aku namakan M. Aku pernah berjumpa M beberapa kali sepanjang zaman belajar kerana M ada dalam circle kawan – kawan suami.
Rupa – rupanya M telah menjadi janda dengan seorang anak. Suami ada memberitahu mengenai M dan perjumpaan dia bersama M dan bf M sewaktu dia travel ke sana. Aku ok kerana pada aku, aku tak halang dia untuk berkawan.
Suami ada katakan dia dan M adalah bestfriend. Lagipun M dah ada bf kan? Dipendekkan cerita ke 2020. Zaman pandemik, aku dan suami adakala ters4ngkut di rumah seperti orang lain. Adakala kami perlu ke pejabat. Hubungan kami normal tetapi tak seperti dulu.
Travel merentas negeri tertangguh seketika dan suamiku tak perlu travel untuk urusan kerja buat sementara waktu. Aku dah hampir pulih dari depr3ssion. Aku cuba kembali hidup normal. Hati terasa kosong. Aku ada terfikir untuk berpisah dengan suami kerana aku sunyi, tapi aku pend4mkan hasrat aku kerana aku rasa betapa b0dohnya alasan aku tu.
Aku cuba layan suami seperti biasa. Bila sek4tan merentas negeri diangkat, aku pun merangka plan untuk bercuti dengan keluarga ke tepi pantai. Aku pujuk suami untuk travel sempena harijadiku. Dari dulu pun begitu. Sambutan harijadi sendiri, sendiri yang kena aturkan.
Kalau tak, tiada sambutan. Jadi aku ok je. Suami setuju tapi kami cuma akan tidur semalam sahaja. Malam sebelum harijadi aku, aku masih ingat aku menangis seorang diri di bilik kerana aku terasa hidup sangat kosong. Suami? Macam biasa dia keluar melepak bersama kawan – kawannya.
Aku mahukan seseorang yang sayangkan aku. Aku dah tak rasa sayangnya suami pada aku lagi. Tapi aku masih pend4m seorang diri. Percutian kami seperti biasa. Tapi aku rasakan suami mula berubah sedikit. Lebih mesra, lebih sabar melayan aku dan anak – anak.
Mungkin ini titik perubahan dalam hubungan kami. anak – anak pun kelihatan happy. Aku rasa bersyukur dan berterima kasih pada suami. Tapi rupa – rupanya.. Sehari selepas pulang dari bercuti (harijadiku), aku bangun awal untuk membasuh kain dan mengemas apa yang patut.
Suami dan anak – anak masih tidur. Sementara menunggu kain siap dibasuh, aku kebosanan. Puas scroll HP sendiri. Kemudian aku nampak HP suami di sebeIah katil. Aku ambil dan scroll FB suami (aku boleh buka HP suami guna fingerprint sendiri sebab kononnya tiada rahsia jadi kami masing – masing boleh buka HP masing – masing).
Aku buka Whatsapp suami pada mulanya untuk buka group taman. Nak baca info – info sebab aku tak ada dalam group taman perumahan kami. Tapi aku terpandang chat suami dan M yang terbaru kerana berada di atas. Aku tergerak untuk buka dan baca.
Pecah hati aku bila aku baca chat mereka. Aku yang diabaikan tetapi M dapat perhatian suami. Gambar – gambar selfie M di status Whatsapp dipuji suami sedangkan suami tak pernah puji aku. Aku tahu aku dah tak kurus dan cantik seperti zaman anak d4ra.
Suami selalu ejek aku g3muk tapi aku selalu pujuk hati yang suami cuma bergurau. Dengan M, wish Good morning dan good night. Dengan isteri sendiri berbual, tengok muka masing – masing pun tiada masa. Aku scroll lagi chat mereka.
Suami aku ada cakap dia menyesal tak dapat bercinta dengan M. M pun jawab dia pun rasa menyesal sebab dia pun suka suami aku. Ada chat mereka yang cakap mereka sayangkan masing – masing tapi mungkin tiada j0doh. Ada “what ifs” dan “kalaulah” dalam chat mereka.
What if mereka bercinta, what ifs suami aku tak kawin dengan aku, kalaulah M tak terus bersama ex-suaminya, mungkin mereka dah bersama sekarang. Rupa – rupanya malam harijadi aku, di tepi pantai suami aku masih berwhatsapp dengan M dan menghantar gambar pantai kepada M diwaktu aku di bilik menidurkan anak – anak.
Dunia aku gelap seketika. Aku menangis di sebeIah suami yang sedang tidur. Tapi kerana aku membesar dengan surv1val mode, aku bertindak pantas screensh0t semua conversation mereka dan aku hantar ke telefonku. Setelah itu aku hantar satu sahaja screensh0t ke handphone suami aku supaya dia tahu aku dah baca chat mereka.
Aku berhenti menangis. Aku sudahkan membasuh kain dan setelah itu aku mandi. Sewaktu mandi aku dengar suamiku baru terbangun dari tidur. Tak lama kemudian suamiku gegarkan pintu minta aku keluar. Aku keluar dan suami aku terus terduduk dan meminta maaf.
Tapi dah terlambat. Hati aku dah pecah berkeping – keping. Sump4h aku katakan aku ambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Dalam 2 minggu itu aku menangis setiap hari. Aku marah, aku meng4muk, aku diam, aku ketawa, tergamak sungguh suami aku.
Sedangkan dia tahu sejarah keluarga aku. Aku terlalu str3ss. Jerawat keluar tak berhenti. Aku sungguh rasa nak m4ti. Suami minta maaf bersungguh – sungguh dan bersump4h tak akan buat lagi. Setelah 2 minggu kant0i, rupa – rupanya suami aku masih lagi mengikut perkembangan M.
Masih lagi Like selfie M di FB. Macam mana aku tahu? Sebab aku buka fb M. Tiba – tiba aku dapat satu kekuatan. Aku tergelak sendiri. Aku si isteri ni, friend di FB pun tidak. Tapi M, sentiasa diikuti perkembangannya. Selfie isteri dikutuk – kutuk, tapi selfie si M dik4ta bid4dari.
Aku rasa mungkin aku dah hilang akal masa tu. Aku mampu gelak dan hantar gambar jari Tengah ke suami. Malam tu aku berg4duh dan kali ni aku lepaskan semua. Kepala suami pun aku tunjaI. Suami pun aku tvmbuk. Aku sendiri terk3jut aku seberani itu.
Aku print borang permohonan cerai dan aku katakan aku akan proceed dengan fasakh. Suami merayu – rayu tak mahu bercerai. Fast forward beberapa bulan kemudian, aku tak dapat hantar borang fasakh ke mahkamah kerana ters4ngkut PKP.
Kami suami isteri boleh katakan telah 70% kembali seperti biasa. Anak – anak tak pernah tahu atau nampak perg4duhan kami. Keluarga atau kawan – kawan tiada siapa yang tahu kecuali beberapa orang kawan teman meluah perasaan.
Kalau tak ade mereka mungkin aku dah betul – betul giIa. Jujur aku katakan, hati aku dah bukan milik suami lagi. Dan aku OK sekiranya suami curang lagi. Cuma aku tak akan terus jadi isteri dia lagi. Sebab aku tahu suami tak akan pernah mampu poIigami.
Dan kerana sejarah keluarga aku, aku tak akan mampu bermadu. Jadi aku OK kalau perlu hidup sendiri. Ye. Aku mungkin tak secantik M. Tapi aku pun tak h0doh. Sekarang aku banyak habiskan duit aku untuk diri sendiri. Aku ke saloon, aku buat laser treatment untuk kulit, aku habiskan duit untuk skincare, aku beli pakaian, tapi aku tak buat semua tu untuk bersaing dengan M atau untuk ambil hati suami. Aku buat untuk diri sendiri.
Dan aku gembira dengan diri aku sendiri. Tak perlu lagi nak berk0rban apa saja demi suami. Aku mampu berk0rban apa saja demi anak – anak tapi hati aku, aku jaga elok – elok dari suami. Dan aku sekarang dengan tenang boleh kata pada suami.
Andai j0doh kita panjang, dia kena terima aku yang bukan 100% hati pada dia lagi. Tapi andai j0doh dah tiada, biar kami berpisah dengan elok dan aku boleh senyum pada dia lagi. Sebab suatu masa dia pernah jadi suami dan bestfriend aku dan aku pernah 100% sayangkan dia.
Tapi aku akan jadi lebih pentingkan diri aku sendiri. Jadi aku minta maaf kalau kami terp4ksa berpisah atas sebab ni. Suami dah berkali – kali minta maaf dan minta jangan ungkit lagi perkara ni. Dia janji untuk berubah dan aku memang nampak dia berubah.
Tapi korang tahu kan janji lelaki? Aku dah mula nampak suami sikit – sikit kembali ke per4ngai lama dia kembali. Aku tegur sekali je haritu dan aku tak akan tegur dia lagi lepas ni. Andai ada lagi j0doh kami, adalah. Kalau takde j0doh, takdelah.
Kalau suami aku curang lagi, aku OK. Aku dah berdamai dengan diri sendiri. Terima kasih sebab sudi baca confession panjang – panjang ni. Aku pun tak sangka boleh sepanjang ni. Banyak lagi aku nak cerita contohnya konfrontasi aku dan M tapi mungkin lain kali. Doakan aku terus OK ye… – Redheart (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Abell Nur : Semoga puan kuat tabah dan cekal dalam manghadapi segala ujian. Banyakkan bangun solat malam, baca al quran, insyaAllah hati akan tenang. Ketenangan hati yang paling MAHAL dari segala – galanya.
Menangis laa sepuas – puasnya puan sebab bila menangis kita akan rasa hilang sedikit beban. Saya baru diceraikan. Hari – hari saya meratap mengadu dekat Allah. Alhamdulillah sedikit sebanyak Allah bagi saya kekuatan.
Iuka akan sembuh mengikut waktu. Yang penting sabar dan terus sabar kebahagiaan puan akan muncul sehingga puan terlupa keperitan puan di masa lalu insyaAllah.
Hani Marissa : Dear tt, kisah kamu dengan saya seakan sama. Saya dibesarkan dalam family poIigami, yang mana abah beristeri dua dan saya merupakan anak isteri pertama. Dan sekarang ibal berumahtangga saya betul nekad tak mahu lalui sama macam apa yang ibu saya lalui.
Siapa sangka Allah uji juga saya melalui kecurangan suami. Saya buat macam tt, tak meIenting, tak marah, terus ss apa yang patut untuk bukti, mengeIetar tangan. Allah nak tunjuk saya tergerak hati nak buka hp suami tengah tidur, jumpa chat yang agak pelik, “i love u abang”.
Mata t4jam amati naluri hati terus syak sesuatu walaupun save nama lelaki rupanya perempuan, Betullah saya mcm tt sekarang, saya lebih sayangkan diri sendiri sahaja, saya cantikkan diri tak nak biar diri gem0k dan sebagainya.
Lelaki kalau nak pergi, pergiIah, hati dah kering, dah tak rasa apa. Saya dah berdamai dengan takdir Allah terhadap saya. Sekali suami memilih jalan itu seribu kali saya akan angkat kaki terus, big hugs tt!
Cik Ros : Memang kena lebih berhati – hati kalau janda tetiba rajin berwasap suami anda. Atas apa tujuan pun. Kadang – kadang suami tak layan pun tapi janda – janda ni tak pernah kenal putvs asa. Ada jer dia cari jalan nak berhubung.
Forward ayat – ayat motivasi la. Ayat quran la. Hadis – hadis la. Sepatutnya ayat – ayat tu semua sesuai untuk dirinya. Benci janda murahan. Janda ni pun masa jadi bini orang beIemoih juga. Sememeh juga. Laki lama dia pun tinggalkan dia.
Dah jadi janda je baru upgrade. Respect kat janda – janda yang tak spesis camtu. Yang nampak mahal. Ramai je yang ok tapi ramai juga macam tu.
Zalina Mokhtar : 10 tahun perkahwinan dan dikurniakan anak – anak bukan jangka waktu yang pendek. Boleh kata kita kenal laki kita, tapi bila kat luar, laki kita yang kita betul – betul kenal pun kadang – kadang boleh berubah watak.
Suami yang tak r0mantik tapi jaga kita dengan baik bukan jaminan dia akan setia. Bila diuji sebegini lebih baik kita utamakan diri sendiri. Saya setuju dengan tt bila kata berdamai dengan takdir. Gali balik tujuan hidup kita di dunia ini. Explore lebih lagi.
TT Jangan terper4ngkap dengan dunia kes4kitan kerana suami curang. Cari kegembiraan untuk diri sendiri dan anak – anak. Biarlah suami nak curang pun, kita ada harga diri. Jangan biar diri dipijak lumat tak dihargai walau kita dah berhemp4s puIas bertahun – tahun menabur bakti pada suami.
Tapi kalau masih ada ruang dan peluang tak salah kalau tt berju4ng dulu kemudian baru berdamai dengan takdir. All the best tt.. Apa – apa pun saya doakan tt dapat mencari kebahagian itu, love and hugs.
Norizan Mamat : Salam, Big hug confessor. Makcik yakin confessor sangat kuat. Makcik cuma nak bagi tahu, lelaki / suami kekadang tak r0mantik dengan kita, kita redha dan terima keadaan tu. Usah kata bagi bunga bila birthday, panggil sayang pun rasa j1jik.
Kita tetap redha. Makcik nak share kawan makcik, dimadukan. Dan madunya suami panggil sayang. Amboiii. Jadi, makcik tak percaya lelaki tak r0mantik tak pandai mengayat kita ni baik. Jangan percaya 100% suami. Sentiasa berbuat baik, tetapi tetaplah sayang diri sendiri.
Jangan sayang dan percaya suami 100%. Makcik, kalaulah suami jumpa orang lain, kahwin, dan panggil ayang baru sayang, makcik rasa makcik tahu, makcik hanya di kakinya sahaja, bukan di hati. Jangan tunggu lagi Selagi baik, kita sayang.
Ieqa Rahim : Betullah kan. Perempuan ni bila sampai satu tahap dia tekad.. Dia akan mampu lakukan walaupun kadang – kadang agak rasa di luar kemampuan. Lelaki kat luar sana, hargailah, bila korang dapat isteri atau wanita yang betul – betul sayangkn korang.
Sebab bila dia dah sayang tu, walaupun korang kat tahap paling bawah atau pun seh1na mana sekalipun, di akan tetap setia. Korang yakin ke orang baru tu boleh layan atau sama dengan isteri yang betul – betul sayangkan korang. Sekian. Kepada penulis ni, semoga awak kuat.