Maksud sebenar emoji monyet tutup mata di WhatsApp ramai tak tahu

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Emoji monyet yang menutup mata adalah salah satu dari banyak emoji yang sering digunakan dalam pesanan teks dan percakapan online.

Emoji ini memiliki banyak erti yang berbeza, tergantung pada konteks penggunaannya.

Di WhatsApp, seperti dalam banyak platform pesanan lainnya, emoji monyet yang menutup mata memiliki erti yang pelbagai.

Maksud sebenar emoji monyet tutup mata di WhatsApp ramai tak tahu

Pada kebiasaannya, emoji ini digunakan untuk mengungkapkan rasa malu atau kebingungan.

Ini adalah cara seseorang mengatakan bahwa mereka merasa malu atau segan terhadap situasi tertentu, seperti ketika mereka melakukan kesalahan atau dalam perbualan yang membincangkan hal-hal tertentu.

Memetik sumber Emojipedia, emoji tiga ekor monyet yang ada di dalam senarai emoji WhatsApp bukanlah menunjukkan reaksi malu atau segan. Lebih-lebih lagi pada imej monyet menutup mata dan mulut. Rupanya ada maksud sebenar yang lain di sebalik emoji yang dicipta ini.

Emoji ini difahamkan mempunyai maksud tersirat yang dikaitkan dengan sentimen perkauman.

Emoji monyet tutup mata ini sebenarnya digelar See-No-Evil Monkey. Dalam bahasa Jepun, ia dipanggil Mizaru yang mewakili Three Wise Monkeys dalam peribahasa Jepun.

Terdapat tiga emoji monyet yang sering kita lihat antaranya termasuklah menutup mata, telinga dan mulut yang tersedia pada ruangan emoji.

Ketiga-tiga ini melambangkan peribahasa Jepun see no evil, hears no evil, speak no evil yang bermaksud tidak ingin melihat, mendengar dan bercakap tentang kejahatan.

“Emoji ini selalunya diguna secara santai untuk menyampaikan bahawa ‘saya tidak percaya apa yang saya lihat! atau saya tidak sanggup melihatnya!,” tulis emojipedia.

Emoji ini juga terkadang disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang menyamakan orang kulit hitam dengan monyet. Jadi, emoji ini boleh menimbulkan isu perkauman juga sekiranya digunakan dalam konteks yang salah.

Jadi dengan mengetahui maksud sebenar emoji yang tersedia di permesejan WhatsApp ini, anda perlulah berhati-hati untuk menggunakannya. Ia bukan memberi reaksi malu atau segan, tetapi lebih kepada tidak mahu mendengar melihat dan bercakap mengenai perkara yang jahat.

Baca juga:“Sampai je kampung suami, mak mertua terus soud saya perempuan jalang, aku selama ni selembut-lembut manusia pun hilang sabar akhirnya”