“Maksu kata dia sebatang kara dan anak dia hampir diambil oleh pihak JKM tapi nasib Maksu tak baik, pembohongan dia terbongkar”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Hai semua nama aku Lili. Confession aku hari ni berkenaan makcik aku yang kami panggil Maksu.

Maksu adik kepada ayah aku, berumur 29 tahun. Maksu dengan abang aku yang pertama sebaya, nenek aku mengandungkan Maksu ketika berumur 44 tahun.

Tak lama lepas ibu aku mengandung, nenek pun mengandung. Maksu ialah makcik aku yang paling bermasalah dalam adik beradik ayah dan disebabkan tu ayah ambil dia tinggal dengan kami.

“Maksu kata dia sebatang kara dan anak dia hampir diambil oleh pihak JKM tapi nasib Maksu tak baik, pembohongan dia terbongkar”

Masa mula-mula tu ayah selalu bergaduh dengan ibu sebab ibu tak suka Maksu tinggal bersama, setakat duduk sekejap tu dia okey.

Tapi orang kata alah bisa tegal biasa, lama-lama ibu dah tak cakap apa. Maksu mula duduk dengan kami masa dia tingkatan dua dan dia satu sekolah dengan abang aku. Sejak sekolah Maksu memang bermasalah dan ayah aku selalu je kena panggil.

Bayangkan abang sampai nekad nak pindah sekolah sebab tak nak satu sekolah dengan Maksu, dia struggle untuk masuk asrama masa tingkatan empat. Lepas abang masuk asrama, ayah pindahkan maksu ke sekolah agama yang berasrama atas kehendak atok.

Sekolah tu sekolah swasta tapi sebab ayah mampu, ayah hantar je dengan harapan Maksu jadi lebih baik. Sangkaan kami meleset sebab Maksu ditangkap berdua-duaan dengan pekerja kantin asrama tu di belakang surau.

Maksu dibuang sekolah masa tu juga dan terpaksa kembali ke sekolah lama. Maksu aku tu pendiam, kalau orang marah pun dia diam je. Berbeza dengan kami adik beradik yang selalu kena lempang dengan ayah sebab kuat menjawab.

Tapi diam-diam Maksu tu tak bermakna dia terima. Pernah je aku dengar dia maki hamun ayah dalam bilik lepas ayah maki dia. Tapi dekat luar dia diam je, sikit pun tak menjawab. Bila masuk sekolah lama, dia masih buat perangai.

Perangai dia satu je, mesti berkaitan dengan lelaki. Kes berebut boyfriend, kantoi dating dan seangkatan dengannya. Bila dah habis sekolah, dia balik ke rumah atok di kampung. Dekat sana pun sama, dia suka keluar senyap-senyap dengan boyfriend dia.

Boyfriend dia macam tukar baju, silih berganti. Dipendekkan cerita, dia sambung belajar dekat utara tanah air di universiti islam swasta. Kebetulan tempat belajar dia tu dekat dengan kampung ibu aku, jadi bila kami balik kampung selalu je melawat dia dan bawa dia makan.

Kadang-kadang nenek dengan atok aku pun ada ajak dia datang ke rumah pada hujung minggu. Ada satu hari tu bila kami balik kampung, dia mengelak nak jumpa kami. Atok kata dia memang dah lama tak bertandang ke rumah, katanya sibuk.

Tapi Atok tak adalah paksa dia datang, sebab bukan anak cucu dia. Dua kali kami balik, dua kali juga dia reject nak jumpa kami dengan alasan sibuk. Ayah positif je dia sibuk dan kami pun memang ingat dia dah berubah tapi rupanya sangkaan kami jauh meleset.

Satu hari tu ayah dapat panggiIan dari pihak hospital mengatakan Maksu dah selamat bersalin. Maksu kata dia sebatang kara dan anaknya hampir sahaja diambil oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tapi nasib Maksu tak baik, pembohongan dia terbongkar.

Ada nurse dekat situ yang merupakan jiran Atok kami. Dia cam Maksu sebab Maksu pernah datang rumah Atok. Dialah yang memberikan nombor telefon ayah kepada pihak hospital. Masa tu ayah bawa kereta macam orang giIa.

Ibu masa tu diam je, sebab ibu kata dia dah agak Maksu ada buat benda yang bukan-bukan. Masa Maksu mengelak nak jumpa tu, ibu ada suruh ayah paksa Maksu untuk berjumpa tapi ayah kata ibu fikir negatif dekat adik dia.

Dah jadi macam ni ibu padankan je muka ayah. Demi menjaga nama baik Atok, ayah serahkan anak tu pada kawan dia yang dah lama tak ada anak. Maksu pun nampak macam tak berminat dengan anak dia. Sampai sekarang atok tak tau tentang perkara ni.

Kami sekeluarga tutup rapat kisah ni sebab takut menjejaskan kesihatan Atok. Masa Maksu dalam pantang ibu lah yang jaga dia. A to Z ibu uruskan. Masa tu kami nampak Maksu dah berubah. Maksu berhenti belajar dan bekerja di kawasan rumah kami.

Dia kerja tak tetap suka tukar kerja, dan setiap tempat kerja dia tu dia ada boyfriend. Jumpa yang baru, dia tinggal yang lama. Pening aku, apalah perangai macam tu. Baru kenal seminggu dah jatuh cinta, stress lah sis macam ni.

Pakwe dia yang mengandungkan dia tu pulak hilang entah ke mana. Nak dijadikan cerita, dia mengandung lagi gais. Kali ni kantoi dengan ibu aku sebab ibu perasan dia lain macam. Kali ni dah tak ada pilihan, terpaksa bagi tau Atok.

Lepas Maksu bersalin, lelaki tu janji nak kahwin dengan Maksu. Tragedi terjadi lagi, Maksu tak jadi kahwin dua minggu sebelum majlis. Last-last jadi majlis makan-makan je. Memang malu besar kami masa tu. Maksu kata lelaki tu ada perempuan lain tapi sebenarnya tak.

Maksu yang ada jantan lain. Lepas pantang dia kerja tiga bulan sebelum kahwin. Dan dalam masa tiga bulan tu dia jumpa jantan baru tu. Sekarang anak dia lelaki tu yang jaga dengan bini dia. Dia kahwin setahun lepas tak jadi kahwin dengan Maksu.

Maksu masih hanyut dengan jantan-jantan dia tu. Dia masih duduk dengan kami walaupun sebenarnya tak ada function pun, ayah bukan garang sangat pun. Belakang je garang, depan macam tikus. Ibu pun dah penat gaduh dengan ayah pasal benda sama. Nak marah, dia menantu.

Nenek dengan Atok walau buruk mana pun anak dia, tetap anak. Bila ibu mengadu tentang Maksu, Nenek mesti tarik muka. Kami lah yang jadi tempat ibu mengadu dari dulu hingga kini. Kami sedih sebab tak boleh selalu ada di sisi ibu sebab aku dan abang dah berkahwin dan adik-adik dah bekerja dan sambung belajar.

Aku pelik, Maksu tak penat ke hidup bergelumang dengan maksiat dan dosa? Memang tak boleh hidup tanpa lelaki ke? Sampai bila nak hidup macam ni? Tak penat ke buat masalah? Bila marah dia diam, langsung tak berbunyi tapi perangai tak berubah langsung.

Mohon idea dari para pembaca macam mana nak selesaikan masalah Maksu ni. Ada orang kata benda ni ubatnya kahwin tapi siapa je nak kahwin dengan dia kalau perangainya begini? Nak halau serba salah. Ayah kata kalau dia duduk asing, mau tiba-tiba anak buah ayah bertambah tahun ke tahun. Hmm begitu syulit. – Lili (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sahada Ismail : Hantar ke tempat pemulihan. Contohnya macam Baitul Solehah. Untuk belajar ilmu agama. Kalau kena caranya, insyaAllah dia boleh berubah.

Kadang-kadang manusia ni berperilaku buruk bukan disebabkan perangai semata-mata, tapi mungkin ada isu terpendam yang dia tak dapat luahkan, jadi dia lempiaskan melalui perangai-perangai yang tak semenggah tu.

Rose Linda Roslan : Kuatnya your mom. Tak baik sebenarnya orang yang termengandung lewat lepastu campak anak tu suruh anak lain yang jaga. Kalau saya memang takleh terima and halau sejak kes dari pertama di sekolah dengan alasan, taknak anak-anak terpalit sama akhlak buruk macam tu.

Tapi mak tt bersabar aje dengan maksu and ayah yang tak tegas tu. Takde cadangan selain bawa dia untuk rawatan psikiatri or ke pusat pemulihan. Yang penting tt kena selalu tenangkan mak dengan kata-kata positif ya. Semoga mak dapat ganjaran pahala yang besar dan Allah bantu untuk lenyapkan masalah dari maksu tt ni.

BACA:“Suami beri syarat, kalau nak cerai juga, dia nak semua anak bawah jagaan dia, lepas cerai suami hasut anak-anak bencikan aku pula”