Itulah persoalan yang mungkin sering timbul setiap kali kita disajikan dengan video atau gambar yang memaparkan budaya lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) yang semakin berleluasa dipertontonkan secara terbuka
. Terutama di platform media sosial seperti Twitter dan TikTok, di mana segelintir golongan muda dengan berani berkongsi
kisah cinta songsang serta aksi mesra dengan pasangan sejenis, walaupun mengetahui ia adalah perbuatan yang dilarang dalam ajaran agama Islam.
Kaunselor berdaftar dan perunding motivasi, Hushim Salleh, menegaskan bahawa salah satu faktor utama yang mempengaruhi perilaku ini adalah penggunaan gajet.
Menurutnya, “Sebagai kaunselor, saya sering menangani kes-kes LGBT, dan saya ingin menasihati ibu bapa agar lebih peka dengan penggunaan gajet anak-anak.
Terutama golongan muda yang baru berusia 13 hingga 15 tahun, malah ada juga yang terlibat dalam komuniti LGBT ketika di universiti.”
Hushim turut menekankan bahawa ibu bapa perlu mengambil langkah pencegahan yang lebih tegas dalam mengawasi anak-anak mereka, terutamanya yang tinggal di asrama. “Apabila saya bertanya kepada mereka, ramai yang mengakui bahawa mereka mula meneroka topik ini hanya dengan menekan beberapa butang di telefon bimbit. Ini menunjukkan betapa mudahnya mereka terjebak jika ibu bapa tidak memantau dengan teliti.”
LGBT jelas merupakan perbuatan yang diharamkan dalam Islam, dan Hushim menegaskan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam perilaku tersebut.
Dalam sebuah video TikTok, Hushim berkongsi pengalaman menangani kes lelaki gay yang telah mendirikan rumah tangga dengan wanita. “Saya telah menangani banyak kes sebegini di klinik.
Ada suami yang gay, walaupun sudah berkahwin, namun isteri mereka tidak disentuh, malah masih dara,” katanya.
Hushim juga memberi amaran bahawa ini adalah trend yang semakin berkembang, dan mereka yang terlibat tidak lagi merasa malu. “Di negara-negara tertentu, perkahwinan sejenis sudah diiktiraf.
Di Malaysia, ramai juga yang berkahwin dan tinggal bersama, tetapi biasanya mereka akan menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan umum.”
Pesan Hushim kepada ibu bapa adalah untuk sentiasa menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.
“Peluklah anak-anak kita selalu. Ini adalah amaran untuk kita semua. Anak-anak yang tinggal di asrama perlu diberi perhatian lebih kerana saya telah menangani banyak kes serupa. Sebagai kaunselor, saya ingin menegaskan bahawa LGBT adalah ancaman besar kepada keluarga dan agama kita.”
Beliau turut mengingatkan bahawa jika anak-anak sudah terjebak dalam budaya ini, ia akan menjadi lebih sukar untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. “Jika mereka sudah ketagih, perubahan itu bukan perkara mudah.
Namun, dengan kaunseling dan bimbingan yang tepat, kita boleh memberi mereka peluang untuk bertaubat. Allah suka kepada orang yang bertaubat dan beramal soleh,” tambahnya.
Pesan Hushim jelas, pendidikan dan perhatian yang tepat dari ibu bapa amat diperlukan untuk melindungi generasi muda daripada terjebak dalam perilaku yang merosakkan akhlak dan agama.
BACA: ATM dedah sebab apa warga Palestin buat bakar cadar di Wisma transit