‘Makan pun ehsan jiran’, Tular budak tidur di koridor flat, mak ayah tak bagi masuk rumah

Oleh FAHMI ABBAS

Berita mengenai seorang pelajar Tingkatan 1 yang terpaksa tidur di koridor depan rumahnya kerana dihalau oleh ibu bapa telah tersebar luas di media sosial.

Menurut perkongsian dalam group komuniti kawasan tersebut, jiran-jiran menceritakan bahawa remaja lelaki itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Dalam aduan yang dibuat, jiran-jiran meminta pendapat orang ramai kerana mereka sangat simpati terhadap nasib remaja tersebut.

Mereka mengungkapkan bahawa remaja itu terpaksa melakukan keperluan seperti buang air besar di tangga.

“Budak ni baik, walaupun kena halau dari rumah tetap pergi sekolah.

'Makan pun ehsan jiran', Tular budak tidur di koridor flat, mak ayah tak bagi masuk rumah

Menurut saya, ini sudah jadi kes pengabaian terhadap kanak-kanak dan boleh menyebabkan ibu bapa dikenakan hukuman penjara,” kata salah seorang jiran.

Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila remaja tersebut terpaksa bergantung kepada belas kasihaAAn jiran tetangga untuk makanan, sedangkan dia diabaikan oleh ibu bapa sendiri.

BACA: Selain pasangan influencer, menantu bekas Menteri juga antara dalang seleweng kutipan derma