“Mak usia pertengahan 40 tapi pakaian macam baru umur 18, mak begitu sopan depan ayah, belakang ayah mak curang, semua bermula dari tiktok!”

Oleh FAHMI ABBAS

Assalamuailaikum, nama aku Zahra berusia awal 20-an aku dilahirkan dalam keluarga yang agak senang, dengan semuanya telah disediakan oleh ayah aku.

Aku anak sulung dari 4 orang adik beradik. Aku baru saja menamatkan pelajaran di Universiti di utara tanah air.

Setelah tamat degree aku mula bekerja, alhamdulilah Allah permudahkan urusan aku.

"Mak usia pertengahan 40 tapi pakaian macam baru umur 18, mak begitu sopan depan ayah, belakang ayah mak curang, semua bermula dari tiktok!"

Semua berjalan seperti yang dirancang. Insyaallah hujung tahun ni aku akan bernikah dengan pasangan aku yang aku kenal sejak 6 tahun lepas.

Pada luaran aku terlihat bahagia semua cukup dan ayah aku merupakan seorang yang dihorm4ti. Masalah sekarang ialah ibu aku, aku mempunyai perasaan yang kurang senang terhadap ibu aku sendiri. Ya, wanita yang mengandungkan aku 9 bulan melahirkan aku, mengadaikan nyawanya.. terima kasih ibu.

Ibu aku mempunyai boyfriend di luar. Dari mana aku tahu? Aku bukan kanak – kanak yang mudah ditipu, semua gerak geri ibu aku aku tahu. Jantan tersebut (Boyfriend ibu aku) memang suka kikis duit ibu aku. Malu? yesssss aku malu ada ibu seperti ibu aku.

Aku hanya hormat ibu aku kerana syurga di bawah kakinya tapi sayang? Tak, aku lebih sayang ayah aku. Ayah banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik. Ibu aku berusia pertengahan 40-an, nak kata nampak muda tidak sangat tetapi cara pakaian seperti orang umur 18 kot.

Bila kami keluarga keluar satu keluarga ibu aku akan berpakaian sopan tapi bila keluar dengan boyfriend dia.. Ya Allah, aku sendiri malu melihatnya. Habis nampak semua, dengan baju s3ksi sampai nampak pusat, pakai skirt pendek sampai peha. Ya Allah malu sungguh aku malu.

Aku setiap hari berdoa agar Allah bukak pintu hati ibu aku untuk bertaubat kembali kepada jalan Allah tetapi sem4kin teruk ada la. Aku tak boleh nafikan perasaan benci ini kadang – kadang aku menangis kerana aku tidak mampu menegur ibu aku.

Ibu anakmu ingin kita ke syurga bersama – sama anakmu tidak membencimu wahai ibu anakmu hanya membenci per4ngaimu sahaja. Maafkan anakmu ibu. Parents aku masih belum bercerai ya dan ayah aku masih memberi duit terhadap ibu aku.

Tetapi ibu aku bila di luar ya Allah malu dekat adik – adik aku ya Allah. Ibu aku aktif di tikt0k haritu ada seorang kawan aku hantar video tikt0k ibu aku terhadap aku. Ya Allah sungguh memaIukan ibu ku bergolek – golek bukan cantik pon pelik ada laa orang tua bergolek ya Allah aku malu.

Pernah juga terdetik kalau keluarga bakal suami aku tahu per4ngai ibu aku bagaimana? Ayah aku seorang yang dihorm4ti, ibu aku pulak kaki gelek dekat tikt0k yang mempunyai scandal aduh malunya. Harap – harap mereka tak tahu la.

Pembaca tolong doakan agar ibu aku berubah ya menjadi seorang wanita isteri dan ibu solehah. Aamiin.. Ibu maafkan aku ibu kerana membencimu di atas sikapmu. Semoga engkau berubah aku sangat sayang terhadapmu ibu – Zahra (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

NurAz Wan : Beritahu ayah awak dik dan minta ayah stop beri duit, kalau tak banyak duit dalam tangan mungkin anak ikan tu pun tak melayan ibu awak. Lagi pun, takut ayah awak yang baik tu turut memikul d0sa ibu awak tu.

Ai Azrah : Tak salah adik. Aku pun tak suka ibu aku. Selalu sangat duk sebeIah anak kesayangan dia sampai kita terasa hati dan jadi jarang nak balik kampung. Hujung – hujung dik4tanya kita sombong lupa adik beradik, siap share video dakwah poyo dia.

Siap cerita pada kerabat yang lain. Jadi aku tunaikan terus hajat diorang, aku jadi anak derh4ka betul – betul. Harap pergi cepatlah mak ayah aku ni, puas hati kalau dapat tengok anak kesayangan dia tu menangis.

Cik Noma : Cari orang ke -3 untuk nasihat ibu. Mungkin di kalangan adik beradik yang dia horm4ti. Tak bole biar ibu terus selesa duduk dengan d0sa. D0sa jugak kau biarkan ibu terus hanyut.

BACA: “Mak jaga anak semuanya baik tapi sejak kahwin dengan kau lah dia jadi macam ni! Mak mertua salahkan saya walaupun anak dia buat perangai”