“Mak minta duit hantaran sampai RM35 ribu kepada bakal suami aku, alasan mak tu buat aku terkilan”

Oleh FAHMI ABBAS

Assalamualaikum semua pembaca. Aku seorang gadis lewat 26 an. Aku bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Di sini aku mohon pendapat dari para pembaca. Aku bakal berkahwin dengan pilihan hati aku.

Dia merupakan seorang lelaki yang bekerjaya dan perwatakan menarik.

"Mak minta duit hantaran sampai RM35 ribu kepada bakal suami aku, alasan mak tu buat aku terkilan"

Ikutkan kami akan berkahwin pada hujung bulan Mac. Tetapi ekoran PKP, majlis kami dibatalkan.

Jika mengikut plan asal. Majlis perkahwinan aku akan jadi majlis gilang gemilang kerana :

A) Ibu telah meminta wang hantaran sebanyak 35K kepada bakal suami aku. Ini kerana wang hantaran itu termasuk harga membesarkan dan menjaga aku selama 26 tahun. (Ini yang ibu katakan kepada aku).

B) Bakal suami aku telah berusaha mengumpul kan RM35K kerana sayang kan aku. 3 tahun juga Masa diambil untuk mengumpul wang. RM30k wang bahagian bakal suami dan RM5K wang hasil simpanan aku. Tetapi masih didalam bank simpanan bersama kami. Belum diserahkan kepada ibu.

C) Mengikut perancangan asal, Majlis akan berlangsung di sebuah dewan terkemuka yang akan dihadiri lebih 10 ribu orang. (Ibu yang susun atur majlis aku kerana kata ibu aku tidak pandai susun atur).

D) Mengikut perancangan asal juga, katering, makan beradab, paluan kompang, silat gayung, malam berinai, Mc majlis dan lain2. Malah baju persalinan keluarga turut dibiayai oleh wang hantaran itu.

Namun disebabkan PKP tahap 3, majlis perkahwinan gilang gemilang tidak dapat dilangsungkan.

Menurut rancangan asal aku dan bakal suami aku, kami hanya mahu akad nikah dan jamuan makan secara kecil kecilan saja. Tetapi setelah ibu tahu hal ini, ibu marah dan tidak bersetuju.

Sebelum itu sini aku ceritakan latar belakang aku, aku mempunyai 4 orang adik beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku anak ke 3.

2 orang abang aku ialah anak kesayangan ibu aku. Dirumah aku, lelaki ialah raja dan wanita ialah hamba. Ini kerana, dirumah aku dan adik perempuan aku sahaja yang membuat kerja2 rumah dari kecil hingga dewasa.

Ibu kata lelaki penat cari nafkah oleh itu wanita perlulah melayan dirumah. Itulah kata kata ibu sepanjang aku membesar.

Hasilnya, 2 orang abang aku langsung tidak pandai memasak, mengemas rumah atau erti kata lain tidak tahu langsung hal hal kerja rumah.

Mereka membesar mnjadi anak kesayangan ibu yang rosak. Akademik mereka tiada A dari sekolah rendah. Perwatakan abang abang aku sangatlah soft spoken namun spoiler didalam.

Oleh kerana tidak tahan tinggal dirumah, aku dan adik perempuan aku telah memohon untuk ke asrama ketika sekolah menengah.

Maka dari sekolah menengah hingga sambung belajar dan sehingga sekarang kami tinggal berasingan dari keluarga. Jika pulang ke rumah tiada siapa yang menyambut. Tiada makanan kegemaran dimasak. Tiada. Hanya baju yang berbakul bakul dan rumah yang berselerakkan (selalunya).

Berbalik kepada cerita aku, ibu mahu hantaran 30K kerana itu ialah harga membesarkan aku. Dan sebagai seorang anak, aku mulanya tidak bersetuju.

Namun demi mengambil hati, aku brsetuju sahaja. Namun disebakan PKP, ibu tidak bersetuju majlis dibatalkan tetapi terpaksa akur. Ibu aku baik cuma agak bermulut lantang.

Oleh itu, ibu memberitahu aku supaya mngadakan majlis selepas tamat PKP. Namun bakal suami aku pula tidak bersetuju.

Ini kerana, setelah nikah online dibenarkan dia mahu bernikah secara online. Tetapi ibu pula tidak bersetuju. Ibu berulang kali mahu majlis secara besar besaran diadakan. Aku sangatlah pelik dengan sikap ibu.

Aku dan bakal suami aku mahu bernikah secara online sahaja kerana aku tidak lagi tinggal bersama ibu. Aku tinggal menyewa dinegeri lain bersama adik perempuan aku.

Bakal suami aku sudah membeli rumah dinegeri itu dan hanya tinggal untuk aku masuk tinggal sahaja. Manakala adik aku boleh tinggal dibilik sewa kami.

Tambahan pula, ayah juga tidak pernah memberi wang kepada aku sejak aku sambung belajar. Erti kata lain nafkah untuk aku dan adik aku sudah tamat semenjak tingkatan 5. Oleh itu untuk apa lagi aku dibawah tanggungjawab ayah aku?

Ketika aku sambung belajar aku bekerja part time dan ketika itulah terjumpa bakal suami aku. Bakal suami aku inilah yang banyak membantu aku dari segi moral dan kewangan. Tetapi aku bukanlah perempuan murah yang senang terima Wang sesiapa.

Setelah tamat belajar aku bekerja dan membayar wang dia. Selepas itu lah bakal suami aku melamar aku.

Tetapi sekarang aku sangatlah buntu. Setiap Hari ibu mnghantar sms supaya jangan bernikah online. Abang abang aku juga mengugut untuk membuang aku dari keluarga jika bernikah online.

Abang abang aku belum berkahwin dan tinggal bersama ibu. Mereka tidak bekerja. Ayah aku pula ada bersama aku. Sehari sebelum PKP ayah datang menjenguk aku dan adik perempuan aku. Dan kemudian tidak dapat pulang disebabkan PKP.

Disebabkan tuan rumah masih belum temui penyewa lain, ayah aku dibenarkan tinggal bersama aku dan adik perempuan aku. Menurut kata ayah, dia tidak kisah jika aku mahu bernikah online tetapi dia mahu makan minum dia tersedia. Itu sahaja.

Jika aku nikah online RM35K dapat dijimatkan. Tetapi hubungan aku dan ibu akan menjadi semakin keruh. Apa yang harus aku lakukan? Nikah online atau mndengar kata ibu?.

Reaksi warganet

Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.

Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye. Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun.

Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.

Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.

Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.

Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.

Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.

Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!

BACA: “Best friend hasut aku curang dengan perempuan lain, sampai aku bercerai berai akhirnya dia pulak nak kahwin dengan bekas bini aku