Pastinya setiap ibu bapa mahukan menantu yang baik samalah seperti orang bujang mahukan mentua memahami.
Apatah lagi mentua sudah makan garam terlebih dahulu, jadi seharusnya lebih memahami situasi menantu.
Disebabkan itu banyak ustaz yang menyarankan para suami untuk mengasingkan tempat tinggal isteri dan ibu bapa sendiri.
Ini bagi mengelakkan pergaduhan seperti video yang dimuat naik pengguna TikTok, @maknyeviral selepas dimarahi teruk ibu mentua gara-gara tidak masak nasi buat suami.
“Budak ni tengah demam, kenapa nak suruh aku buat kerja juga! Mak mentua tak gunalah kau ni”, ujarnya dalam video tersebut.
@maknyeviral aku sabar je selama ni ni dah melampau sangat kan ha baru tau #makmertuatakguna#makmertua#flksyaguys🥰biarrame🥰#fy#ditaj#fyppppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – LWx online shop
Wanita tersebut dilihat sedang menjaga anaknya yang tidak sihat dan para ibu pasti memahami situasi anak kecil sakit dan merengek untuk dapatkan perhatian si ibu.
Namun mak mentua wanita tersebut menganggap ia hanya alasan untuk wanita tersebut bermalasan di dalam rumah.
Malah ada netizen yang menyatakan ia hanya content dan perkara tersebut dibidas wanita itu yang sudah lelah melayan kerenah ibu mentua.
Tidak kiralah jika anda satu-satunya anak lelaki sekalipun, pisahkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan isteri, jangan biarkan mereka tinggal sebumbung.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio