Seorang wanita membuat luahan tentang perangai ibu mentua yang didakwa gemar masuk campur urusan rumah tangganya.
Paling menyakitkan hati, wanita itu berkata ibu mentuanya juga bermulut lancang dan gemar menyebarkan cerita tidak benar tentang dirinya.
“Penat wei dengan drama mak suami saya ni. Tak habis-habis jaja cerita sana-sini, beritahu semua orang betapa jahatnya saya, betapa kejinya saya.
“Suami saya buang keluarga dia sebab jenis suka masuk campur urusan rumah tangga kami. Semua benda mak dia dengan adik-beradik dia nak tentukan pasal hidup kami.
“Kalau boleh satu taman, satu kampung mereka nak cerita betapa jahatnya saya,” ujar wanita itu menerusi perkongsian tanpa mendedahkan identiti di Twitter.
Menurut wanita itu lagi, dia kurang senang apabila perihal kerjayanya turut disentuh oleh keluarga mentua.
Malah, tindakan wanita itu yang keluar dari rumah mentuanya turut memburukkan lagi persengketaan antara mereka.
“Saya punya kerja dia menyampuk (ganggu), rumah kami pun mereka sibuk kata membazir sewa rumah, baik duduk dengan mereka je.
“Saya memang bantah tak mahu duduk dengan mereka. Lepas tu, adik-beradik suami saya WhatsApp maki-maki dan hina keluarga saya.
“Sama juga mak dia WhatsApp bukan-bukan. Banyak benda mengarut mereka buat,” dakwa pengadu lagi.
Wanita itu turut mengimbas kejadian ketika Hari Raya yang mana dia disuruh pulang dan melutut untuk meminta maaf dengan keluarga suaminya.
“Waktu suami saya nak balik waktu raya, mak dia tak puas hati siap cakap kalau nak balik kena bawa saya sekali suruh melutut mintak maaf kat mereka semua.
“Memang gila wei cara mereka. Patutlah suami saya buat keputusan untuk jauh daripada keluarga dia,” ceritanya lagi.
Dedah wanita itu lagi, persengketaan antara mereka berpunca kerana dia enggan bekerja dengan keluarga suaminya.
“Saya tak pernah buka aib mereka dekat sesiapa. Tapi sumpah saya rimas. Dia duduk cakap saya bawa lari anak lelaki dia. Gila ke apa saya nak bawa lari anak lelaki dia?
“Adik-beradik dia sama naik perangai. Syok cakap saya perempuan jalang sebab tak nak ikut keluarga dia kerja. Siapa je nak kerja dengan toksik macam tu,'” cerita pengadu lagi