“Mak mentua aku sanggup lagakan semua anak dia, raih simpati sebab nak dapatkan ‘extra’ duit

Oleh SURIANI HAMDAN

Siapa menyangka seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi duit termasuklah melagakan anak sendiri.

Seorang wanita berkongsi kisah mak mentuanya sendiri yang pada mulanya dilihat baik namun lama kelamaan sikap sebenarnya terbongkar.

Nama aku Annur (bukan nama sebenar), aku dah berkahwin hampir 11 tahun.

Tergerak nak kongsi juga kisah mak mentua aku yang kaki drama dan kaki putar cerita.

Aku tak tahu la ini dikira bukak aib ke ape ke tapi aku rasa nak cerita juga untuk jadikan pedoman.

“Mak mentua aku sanggup lagakan semua anak dia, raih simpati sebab nak dapatkan ‘extra’ duit

Mak mentua aku masih punya suami yang masih elok sihat rupa paras. Dia pun alhamdulillah sihat gagah.

Sepanjang perkahwinan aku awal-awal semua nya indah. Saban hari dan tahun, perangai tembelang mak mentua aku ni makin kelihatan.

Usai aku melahirkan anak pertama, dia berdongdang sayang hendak jaga anak aku. Hingga bergaduh aku suami isteri. Okay aku mengalah.

Aku tahu anak aku hanyalah alat untuk dia tunjuk dia nenek misali. Kerana pada masa tu dia sudah pun mengasuh dua orang cucu lain. Yang masih kecil, usia tak lebih tiga tahun.

Boleh bayangkan nenek berusia 60-an mengasuh tiga budak budak bawah tiga tahun. Okay tak apa aku mengalah.

Sebab hari-hari dia telefon suami aku marah kami mencari pengasuh. Suami aku post di Facebook bertanya jika ada pengasuh berdekatan yang free dan available, mak mentua aku masuk comment marah marah.

Kami delete post tersebut. Dia yakinkan suami aku sampai berjaya dan ya aku mengalah. Korang tahu seterusnya? Anak aku setiap hari balik petang akan ada kesan di badan. Bukan dera.

Tapi, bintik nyamok bintat lengan dua belah, kepala anak aku luka berdarah kesan tiga gigi kiri kanan, bontot anak aku melelas merah tak salin pampers. Sehari sekeping pampers.

Kau bayangkan dari 8 pagi sampai 7 malam anak aku hanya guna sekeping pampers disalinkan.

Klimaks aku dah tak tahan bila bontot anak aku hangus melelas macam apa merah terbakar dan dia tak mengaku apa apa.

Akhirnya aku desak baru dia ngaku tak salin pampers, tak perasan budak berak. Itulah kali terakhir aku hantar anak aku pada dia. Aku bulanan RM350 okay. Aku bersabar.

Tak cukup tu, kami nak pergi check up bulanan anak pun kena label sombong sebab tak minta tolong dia bawakan.

Sebab kami kerja jadi dia nak paksa kami bagi anak dia je bawa. Big no this time. Dia telefon lagi maki hamun cakap kami sombong. Menitis air mata aku.

Dalam hati aku, kalau la mak bapak aku tahu macam ni aku diperlakukan. Okay habis cerita jaga anak aku.

Cerita kaki drama pula, ratu drama.

Mak mentua aku ni ada empat orang anak lelaki, dua perempuan. Tiga berkahwin, seorang bujang (lelaki), satu kahwin (mak kepada empat anak/cucu dia jaga), satu bujang (perempuan).

Dia sejenis yang akan telefon anak-anak lelaki dia setiap hari. Pusing semua. Tak kira lah anak anak dia tengah kerja ke tengah duduk dengan keluarga ke tengah spent time dengan anak isteri ke.

Termasuk lah suami aku. Dia akan cerita masalah dia hari-hari masalah baru.

Sampai suami aku murung balik kerja sebab mikirkan masalah mak mentua aku ni. Aku tak tahu la apa yang bermasalah sangat hidup dia.

Ada suami sihat. Dia pun sihat. Duit ada je anak anak supply bulanan. Dia tak aman tau. Kau tahu apa dia buat? Dengan setiap panggilan tu, dia akan merintih sedih. Bercerita.

Seolah dunia ni kejam yang amat untuk dia. Kena jaga cucu cucu (yang tadi 2 beradik sekarang dah jadi 4 beradik). Stress jaga cucu tertekan. Habiskan duit untuk cucu.

Mak bapa budak-budak ni tak berguna lah, mak bapa budak budak ni tak berduit lah. Serba serbi.

Dengan harapan apa? Dengan harapan empat anak lelaki dia ni simpati dan bank in duit pada dia.

Atas alasan dia stress dan anak-anak perempuan semua gunakan dia, habiskan duit dia, belanja makan pakai, beli bawang beras rumah, bayar bil api air, beli susu pampers cucu cucu.

Sejuta alasan. Sah sah la dia akan buruk kan anak perempuan dia ni (mak kepada cucu empat beradik). Mereka ya tinggal rumah sebelah sebelah.

At the end kau tahu apa? Dia buruk kan anak lain pada anak lain. Lepastu dia sama adik beradik bergaduh. Sebab mulut mak menyampai cerita.

Lagi, mak mentua aku kaki sendeng. Mata duitan. Anak-anak lelaki dia yang kaya dia akan buntut ngekor sampai sudah.

Dia akan mengemis cerita stress sedih extra. Minta duit extra. Duit bulanan dah dapat, duit harian pun nak kokot.

Based on cerita sedih hari hari call. Nanti dia dapat duit, dia akan belanja cucu dia bela dan semua yang ada dekat rumah tu.

Aku kadang kesian tengok mak mentua aku ni. Kejar duit seolah lupa mati esok lusa. Dia akan berbangga dengan duit dia dapat. Ada je idea dia nak ambil duit anak anak. Bermacam cerita sedih.

Dia mampu buat anak anak lelaki dia macam boneka dan bergaduh membenci satu sama lain.

Dia mengatur hidup anak anak lelaki dia. Kau bayangkan, setiap kali kami berjalan dia akan call atau mesej suami aku tanya dekat mana.

Setiap kali kami berbelanja dapur dia akan cakap juga dia berbelanja habis ribu walhal dia belanja untuk orang lain guna duit orang lain. Bukan duit dia. Tapi dia tak nak kalah kan.

Tiap kali suami aku bawa mak bapa aku bejalan, dia akan telefon buat ayat sedih, entah siapa nak bawa mak berjalan ye tak ada siapa. Aku berhuhuhu sebelah dalam kereta.

Itu belum lagi kami berjalan sana sini bawa anak-anak, dia akan minta juga suami aku bawakan cucu dia bela ni berjalan buat benda sama.

Nanti dia racun budak-budak (cucu dia jaga) tu bodek cakap suruh bawa jalan.

Satu perangai dia aku paling benci, suka memburuk kan anak sendiri pada anak lain. Terlalu ketara.

Kalau dah tak suka bela cucu cucu tu, cakap la. Bukan kau berdosa pun. Daripada kau memburuk kan dan buat adik beradik lain saling membenci. Engkau seorang mak.

Kau ajar anak anak saling membenci.

Mak mentua aku suka cakap besar. Cakap depan sedara mara nak tinggi. Anak anak dia semua berjaya. Tak nak kalah dengan anak saudara.

Bila anak saudara lebih sikit, dia akan tercabar. Mula la bercerita. Si polan polan. Telepon orang sana sini nak bagitahu anak anak dia semua kerja besar gaji berkerjaya.

Dia juga pun suka je menipu. Bila bercakap menipu. Bersumpah. Suami sendiri dia tipu. Mak mentua aku suka bersumpah. Penat aku tengok.

Kesian. Mata duitan, kejar duit tak habisan, kejar anak anak lelaki, anak anak lelaki dah berkahwin pun dia nak atur hidup, suka masuk campor.

Aku tak tahu bila dia akan berubah kaki drama dia tu. Entah lah. Bercakap selalu bohong tipu. Kami sedar kami tahu.

Aku fikir, dia ada duit pun dia tak bahagia, ada harta pun dia tak tenang, tak ada duit lagi tak aman bergaduh sana sini.

Dengan anak anak perempuan dia memang sentiasa bergaduh.

Bila bergaduh dia akan mengadu dekat empat lelaki ni. Pukul rata babe. Moga kita terhindar daripada jadi seperti ni ya gais.

Baca juga: Tahun ini tak pernah putus terima STR, ikut je cara ini kalau nak dapat lagi STR 2025