“Mak lari ikut jantan lain tapi kena tinggal tepi jalan pukul 2 pagi, abah macam lelaki dayus kutip mak, ingatkan insaf, mak buat hal lagi!”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Aku tak tahu apa yang berlaku tiba-tiba abah call aku dan cakap ibu curang. Abah cuba buka phone lock ibu alangkah terkejutnya ramai lelaki dari facebook.

Abah cakap dia dah perasan lama tapi hari ni kemuncak bila abah ikut ibu dari belakang dan ibu kant0i berjumpa lelaki lain..

Tiba-tiba rasa nak share kisah hidup aku seorang anak derhaka. Aku Syaa umur 28 dan sudah berkahwin juga memiliki seorang cahaya mata.

"Mak lari ikut jantan lain tapi kena tinggal tepi jalan pukul 2 pagi, abah macam lelaki dayus kutip mak, ingatkan insaf, mak buat hal lagi!"

Aku dah bergelar ibu tapi sungguh orang yang paling aku benci dalam dunia ni ialah ibu aku sendiri.

Sebab tu aku ini anak derhaka. Aku anak sulung dari 5 beradik. Alhamdulillah rezeki aku memang bijak dari kecil dan selalu dapat keputusan yang cemerlang. Zaman kanak-kanak tak indah sebab aku terpaksa menjaga adik yang kecil seramai 4 orang.

Aku bukan anak yang nakal tapi badan sentiasa berbirat. Adik bergaduh pon aku yang salah. Alhamdulillah upsr dapat aA 1B seronok nak bagitahu ibu tapi yang aku dapat dengan nada yang sini “4A je?” Begitu lah hidup waktu sekolah rendah tiada kenangan indah bersama kawan.

Masuk sekolah menengah aku makin stress tinggal di rumah. Jadi aku selalu pergi sekolah pagi habiskan masa di library walaupon aku sekolah sesi petang. Aku gembira bila di luar aku sesak di rumah sendiri. Ada saja tak kena walaupon usia dah meningkat remaja aku masih dipukuI ibu.

Silapnya cuma aku bangun lambat padahal dia tak tahu malamnya aku study sampai pukuI berapa. Sepanjang hidup aku rasa cuma abah yang paham aku. Aku nekad belajar sungguh-sungguh untuk masuk asrama.

Alhamdulillah result pmr aku cemerlang dan aku dapat masuk sekolah berasrama. 2 tahun sekolah di situ aku sangat bahagia tapi jika cuti penggal aku akan stress sebab kena balik rumah. Aku dan ibu tak boleh tinggal serumah kami memang tak serasi. Tapi ni bukan kemuncaknya.

Waktu aku sambung degree di selatan tanah air aku jarang balik ke rumah.. Aku tak tahu apa yang berlaku tiba-tiba abah call aku dan cakap ibu curang. Aku baru 19 tahun untuk adapt situasi tu. Abah cakap dia dah perasan lama tapi hari ni kemuncak bila abah ikut ibu dari belakang dan ibu kant0i berjumpa lelaki lain.

Sebelum serang ibu, abah cuba buka fon lock ibu alangkah terkejutnya ramai lelaki dari facebook yang ibu contact untuk bermain cinta. Hati aku hancur bila ibu buat abah macam ni. Tapi ibu janji dengan abah kata nak berubah.

Abah bagi ibu peluang. Ibu suruh abah ubah penampilan biar nampak muda abah buat. Aku ingatkan ibu dah insaf rupanya dia tak berubah. Lepas pada tu dia tak boleh ditegur. Bila abah tegur dia akan ugvt nak terjun ugvt nak lari ikut skandal.

1 hari dia lari ikut skandal dan akhirnya ditinggalkan tepi jalan. Abah yang pergi kutip dia pukuI 2 pagi. Tapi perangai dia masih tak berubah. Abah menangis cerita dengan aku yang waktu tu tengah berjuaang habiskan pelajaran.

Hati aku membuak-buak rasa benci dekat ibu sebab hancurkan hati abah. Aku sampai berdendam dengan ibu sendiri. Aku benci aku jijik. Abah lelaki yang sangat baik, baik yang bagi aku sudah tahap dayus sebab biarkan bini berhubung dengan jantan-jantan alam maya.

Ibu tak boleh ditegur. Dia pernah cuba nak terjun dari tingkat 5 sebab abah tegur perangai buruk dia. Ibu aku dah giIa! Lepas abes degree aku dapat kerja dekat dengan rumah. Waktu ni perangai ibu sama masih melayan skandal alam maya cuma tidak berjumpa.

Aku struggIe cari duit tapi duit aku tak dapat saving sebab kena layan permintaan ibu. Aku nak saving untuk lesen kereta pon kerja 5 bulan baru cukup duit. Tapi waktu aku keje ni ibu dah tak cari pasal dengan aku tapi adik perempuan aku jadi mangsa.

e tahun kerja aku buat keputusan nak kahwin tapi ibu buat drama sebab tak suka calon aku. Calon aku kenalkan tu kerja biasa sahaja dan taraf spm. Dia ugvt tak nak ada waktu majlis aku. Aku stress preparation untuk kawen dan dia tak menyenangkan urusan aku. Semua dari A sampai Z aku yang urus.

Abah nak sponsor sikit duit yang ada pon dia mengamuk tak bagi. Ini lah ibu saya. Tak pernah fikir untuk senangkan anak cuma pikir tentang dirinya. Alhamdulillah abah support dan terima saja semua keputusan saya sebab saya yang nak kawen bukan ibu.

2 hari sebelum majlis aku menangis merayu suruh dia ada je waktu majlis sampai aku cakap lepas tu kalau tak nak tengok muka saya pon takpe saya akan pergi jauh. Tu pon kena sogok dengan duit baru ibu okay dan setuju.

Walaupon duit tu masih nak guna untuk majlis tapi nak buat macam mana ibu aku tak macam ibu orang lain. Lepas kawen aku resign dan ikut suami ke negeri suami. Waktu tu pkp jadi aku tak boleh rentas negeri untuk balik ke rumah parents.

Alhamdulillah dapat rezeki zuriat awal. Sepanjang pregnant mak mertua yang jaga. Sikit pon mak mertua dan suami tak bagi buat keje atau masak kat rumah ni. Beza sangat layanan yang aku terima. Aku rasa ini rumah. Segala yang aku mengidam mak mertua akan masakkan dan carikan.

Konflik berlaku bila family aku paksa aku beranak dan pantang di rumah mereka. Aku berat hati sebab aku tahu aku akan tertekan di sana jadi aku decide untuk berpantang dengan mertua. Aku disumpah seranah oleh ibu di whatsapps.

Dan mendoakan yang buruk terjadi pada aku. Aku sedang pregnant dia buat em0si aku macam ni. Nasib ada mak mertua dan suami yang tenangkan. Aku ada anx1ety dan sentiasa terfikir-fikir kata-kata ibu. Sepanjang aku hidup aku dah biasa didoakan yang tak baik oleh ibu tapi kali ni saat aku nak berjuaang hidup dan mati dia sanggup doakan yang tak elok untuk aku. Aku kecewa.

Lepas anak aku lahir family aku datang hanya dua malam. Mak mertua aku terkejut sebab biasanya ibu akan datang seminggu untuk jaga anak lepas bersalin. Ye kalau ibu orang lain tapi bukan ibu aku. Mak mertua aku jaga aku berpantang selama aa hari tidur di rumah aku.

Waktu malam baby tidur dengannya sebab nak bagi aku rehat. Aku dikejut cuma untuk menyusu anak. Alhamdulillah mak mertua terlalu baik aku bersyukur Ya Allah. Lepas pada tu ibu selalu video call aku untuk tengok cucu tapi tu cuma alasan.

Video call tapi mata chatting dengan lelaki lain. Pernah kant0i dengan aku sebab dia guna 2 phone. Aku nampak chat tu dan ternyata dia tak berubah. Aku diuji dengan ko0viid langsung tak larat nak bangun nak tengok phone apatah lagi.

Dia video call aku tapi aku tak angkat kemudian dia hantar chat sumpah seranah sampai doakan aku mati. Ada ke ibu yang sanggup dia anak mati semata-mata tak angkat call?? Aku terlalu sedih rasa nak giIa mer0yan dah la baru habis pantang.

Banyak lagi episod yang tak mampu aku ceritakan. Tapi sehingga kini kami adik beradik selalu dicaci maki dengan kata-kata yang tak baik. Kata-kata ibu doa. Tapi apa yang keluar dari mulut dan tulisan ibu aku langsung tiada yang baik untuk anak.

Orang kata untung masih punya ibu masih ada berkat doa-doa ibu. Tapi aku tak merasa. Sepanjang hidup selalu disumpah perkara-perkara buruk dari mulut ibu aku. Sekarang ibu sakit tapi tidak la teruk mana tapi dia menyiksa batin 1 family dengan perangainya.

Suka jerit-jerit jika layanan tak kena. Sekarang dia paksa aku pulang untuk menjaganya dan tinggal lama di rumah yang aku tak anggap rumah. Paksa dengan sumpah seranah. Sebarkan pada adik beradiknya yang aku ni anak derhaka tak mahu balik menjaganya.

Aku ada anak yang masih bayi. Aku ada anx1ety dan stress aku sendiri. Aku takut aku giIa kalau aku balik ke rumah tu dengan bayi aku dan tinggalkan suami yang jadi penenang em0si aku. Derhaka kah aku? Adik aku ada a orang lagi di rumah kenapa aku yang dah kawen ni dipaksa untuk balik menjaganya?

Bukannya aku tak balik langsung ke rumah tu cuma aku tak boleh tinggal lama. Sebab dari dulu rumah tu aku tak anggap rumah. Kalau balik untuk dicaci maki disumpah seranah aku tak sanggup. Adik perempuan aku hari-hari menderita dengan perangainya.. abah pon sama.

Sekarang dia nak libatkan aku. Aku takut aku yang bvnvh diri sebab terlalu stress di sana. Aku ingin disayang sebagai anak tapi ibu buat semua anak sebagai musuuh. Selalu keluarkan kata-kata yang tak baik kepada anak.

Sekarang aku juga seorang ibu. Semoga anak aku tidak merasa apa yang aku rasa. Biarlah aku sorang yang jadi derhaka. Aku tunggu kau berubah Ibu. – Syaa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suzana Saleh : Syurga kamu sekarang adalah suami kamu. Kamu tak wajib jaga dia sekarang sebab dia masih ada suami dan anak-anak lain yang tinggal bersama. Buang perasaan bersalah dan mom0kkan anak derhaka. Ingat! Allah tidak zaIim kepada hamba-hambaNya. So keep calm dan teruskan berdoa / beristighfar memohon keampunan untuk ibumu.

Hidayati Salim : Awak bukan anak yang derhaka, ibu awak tu derhaka pada Allah, anak -anak dan suami. Patut abah awak biarkan aje dia ugvt ape pun, saja cari perhatian orang jenis macam ni. Eh aku plak geram dekat mak awak confessor. Awak just taat kat suami dan jaga anak elok-elok sudah. Allah pun maha adil sebab berikan ibu mentua yang baik. Itu lebih penting.

Noor Afzan : Aku suggest ko block nombor mak kau tu tt. Tanya khabar melalui abah atau adik beradik jek supaya ko takde baca benda mengarut yang mak ko doakan untuk ko. Kalau ko balik jenguk pun, setkan hati siap-siap untuk masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Keringkan hati.. Lepas duk sejam dua, ko balik lah rumah ko. Itu lah rasanya yang terbaik untuk korang sampai salah sorang takde.

BACA: “Mak selalu bawa jantan balik rumah, sekali ini yang jadi bila abah lari kahwin baru tinggalkan kami..”