“Mak jaga anak semuanya baik tapi sejak kahwin dengan kau lah dia jadi macam ni! Mak mertua salahkan saya walaupun anak dia buat perangai”

Oleh FAHMI ABBAS

Baru – baru ini saya dik3jutkan dengan panggiIan telefon anak saya yang tak sampai setahun bekerja di selatan tanah air

Katanya dia Iemas dengan panggiIan telefon dari si ayah. Bila dia tak jawab, ayah akan telefon pejabat.

Kerana malas cerita panjang, dia kata banyak kerja tak boleh cakap. Tetapi dua hari kemudian ayahnya datang dengan kawan dan dia tak dapat elak.

"Mak jaga anak semuanya baik tapi sejak kahwin dengan kau lah dia jadi macam ni! Mak mertua salahkan saya walaupun anak dia buat perangai"

Ini yang membuatkan anak saya bukan sahaja terk3jut tetapi jadi terlalu marah.

Sebab dia faham sangat per4ngai ayahnya. Dulu minta nombor dan salinan kad pengelanan, akhirnya dia kena naik court. Semua pasal ayahnya. Panjang ceritanya. Tapi sekarang apa lagi?

Kerana terlalu marah dengan kes yang makan masa dan dia malas nak bercerita panjang, lantas dia tanya ayahnya, “bila ayah bila nak bayar nafkah adik?” Sepantas kilat ayahnya jawab minggu depan.

Tak payah tunggu memang tak ada pun. Itu cerita anak saya dengan nada penuh kekesalan. Kata anak saya, dia tak suka diganggu, sama seperti ayahnya tidak suka digangggu ketika dia jumpa ayahnya minta duit untuk sekolah dulu.

Bila jumpa ayah katanya ‘esok nanti bayar’, atau ‘tunggu minggu depan’. Sebelum itu ayahnya marah – marah, kata dia tak akan bagi duit jika guna akaun bank emak. Kena buka akaun sendiri.

Berlari anak – anak buka akaun bank dengan harapan dapat duit dari ayah, tetapi janji tinggal janji, nafkah atau duit raya tidak pernah masuk.

Mereka menangis kerana ditipu ayah sendiri. Sedangkan mereka perlu duit untuk beli buku dan pakaian bila sekolah di buka setiap awal tahun. Pada anak – anak, peristiwa ayah berbohong terus tertanam di kepala mereka.

Kecewanya mereka. Nak harapkan duit saya, berniaga kecil – kecilan, mana nak ada duit. Sedangkan adik beradik empat orang nak makan dan nak guna duit sekolah lagi.

Jadi mereka sedih. Mereka tahu saya susah, sebab itu mereka minta sendiri dengan ayah mereka sebab mereka tahu ayahnya tak pernah bagi nafkah.

Tetapi bila sering kena tipu, mereka jadi amat marah. Akhirnya mereka cari kerja sambilan masa cuti sekolah dan kumpul duit untuk belanja sekolah awal tahun nanti. Bukan untuk diri seorang tetapi untuk tiga orang adik lagi.

Sebenarnya kesusahan hidup kami anak beranak bukan sahaja lepas bercerai, bahkan ketika bersama ayah mereka lagi. Anak – anak ketakutan bila ada orang ugvt keselamatan kami anak beranak jika tak bayar hutang ayah mereka.

Kerana takut, saya terp4ksa bayar. Bila dah bayar, sem4kin susah hidup kami. Kerana di situlah duit nak beli beras, ikan, sayur dan duit nak bayar sewa rumah yang sudah beberapa bulan tertangguh.

Anak – anak melihat sendiri, mereka simpan dalam hati, mereka tahu kesusahan saya, peliknya ayah mereka tak pernah peduli hendak bayar hutang yang dia buat.

Mereka tahu bukan sahaja Ah L0ng datang, orang lain pun datang marah – marah mencari ayah mereka, semua minta duit, walaupun ketika itu mereka baru berumur 10 dan 13 tahun. Tetapi mereka faham, tak perlu saya bercerita tentang per4ngai ayah, mereka lihat sendiri.

Memang dulu saya berniaga kecil – kecilan tapi tak cukup untuk tampung makan minum kami anak beranak. Jadi saya ambil upah jaga anak orang. Banyak pula rezeki. Dalam kesusahan itu saya terfikir nak buka tadika. Sambil jaga anak boleh juga buka kelas tadika.

Rancangan menjadi juga, ramai ibu bekerja datang hantar anak – anak mereka. Rezeki anak – anak juga. Saya buka syarik4t enterprise dengan bantuan ibu anak asuhan saya. Semuanya berjalan lancar, hidup kami teratur sedikit.

Saya turun tangan membantu jaga anak dan jadi guru tadika. Untuk itu saya terp4ksa hadir kursus demi kursus. Alhamdulillah berjaya. Bila dah ada kelas tadika dan anak asuhan bertambah, suami ambil kesempatan konon nak tolong saya uruskan pejabat dan sebagainya.

Saya setuju sebab saya banyak kerja. Tetapi baru setahun dua tadika nak bernafas, masalah baru pula timbul. Suami ambil duit yuran tadika untuk kegunaan sendiri. Bila tanya katanya pakai sekejap. Sekejap bermakna terus lesap.

Demikianlah berlaku bulan demi bulan, ada sahaja alasannya nak pakai duit tadika sedangkan kami perlu beli buku dan alat bantuan mengajar. Sedihnya bila duit berkurangan, macam mana nak bayar gaji guru tadika, tukang masak dan pengasuh kanak – kanak.

Tentu tersangkut. Termasuk duit sewa rumah turut tertunggak. bil utiliti pun sangkut juga. Akhirnya kerja saya pinjam sana pinjam sini untuk `tutup lobang sana, buka lubang sini’, semuanya kerana nak cukupkan belanja keluarga dan jalankan bisnes.

Tetapi si suami ni memang jenis tak sedar diuntung, ada duit sikit mulalah berbelanja lebih. Akhirnya saya suruh dia cari kerja. Saya fikir tentulah lapang sikit hidup kami, tetapi sem4kin tenat. Dia kerja dengan syarik4t jualan kereta.

Kalau bab bertukar – tukar kereta memang hebat. Sengaja nak tunjuk orang kaya konon. Sebenarnya itulah permulaan hidup saya lebih teruk lagi dibohongi dan diputar belit. Dalam pada jual kereta terpakai, dia boleh guna duit pendahuluan orang nak beli kereta.

Bukan seorang tapi dua orang dia belit, akhirnya dia ditangkap polis. Saya kena jamin dia dan bayar hutang. Tak ada duit dia suruh pinjam. Bila dah lepas lokap, saya juga kena bayar hutang, bukan dia. Dia terus berlagak macam tak ada masalah.

Dia pernah pinjam duit Ah L0ng. Bila Ah L0ng cari, dia pinjam duit saud4ra dan dia buat perjanjian akan bayar dengan harta sebidang tanah yang dia bakal dia terima daripada emaknya. Sedangkan emaknya masih hidup.

Sekarang emak dia terpalit sama. Tetapi bila kes terbongkar, emaknya ser4ng saya. Katanya, ‘engkau buat bisnes suruh anak aku gadai tanah aku?’ Ya Allah, pembohongnya. Bila saya kata tak tahu, tanah emaknya tergadai, saya kena marah balik.

Dan mereka sekeluarga marah dan tuduh saya punca anaknya berhutang. Bila dah kecoh, dia buat hal lagi, tanpa pengetahuan saya dia pinjaman bank gunakan nama dan syarik4t enterprise saya. Sekali lagi saya terper4ngkap.

Saya terp4ksa bayar hutang bank. Pendek kata kiri kanan dia songlap untuk kepentingan dirinya sendiri dan saya dijadikan cagaran untuk dia buat pinjaman dengan bank dan individu. Bila duit dah habis, baru terbongkar duit yang dia pinjam bank gunakan nama saya adalah untuk dia buat hantaran kahwin baru.

Dia dapat kahwin kerana mengaku bujang dan kawan jadi saksi. Sedihnya saya dapat tahu selepas tiga tahun. Keluarganya tahu tetapi mereka sorok daripada pengetahuan saya. Nak kahwin 10 kali pun saya tak peduli tapi janganlah gunakan nama saya.

Saya tak tahu bagaimana dia boleh tipu tandatangan saya. Saya pernah jumpa dan mengadu kepada emaknya tentang per4ngai anaknya tapi emaknya kata. ‘Mak jaga anak emak semuanya baik, tapi sejak kahwin dengan kau lah dia jadi macam ni.’

Emak dia tetap salahkan saya konon sengaja menyusahkan hidup suami. Sedangkan emak dia tahu, anaknya memang jahat, pernah curi rantai dan gelang emak sendiri untuk gadaikan semasa belum kahwin dengan saya lagi.

Emak dia juga pernah bayar duit ceti selain hutang kawan – kawan yang datang menuntut dari emaknya. Tetapi emaknya tetap salahkan saya, tak pernah mengaku anaknya kaki pembohong, pembelit dan penipu. Tabiat buruk ini sudah sebati dan menjadi d4rah dagingnya.

Anak – anak saya yang sem4kin besar ketika itu memang tahu per4ngai ayah mereka, manakan tidak, mereka ketakutan bila ada orang datang rumah ugvt nak pecahkan tv dan perkakas rumah kalau saya tak bayar duit yang ayah mereka pinjam.

Anak – anak lihat saya diugvt dan dianc4m. Mereka dengar setiap ugvtan orang yang datang men4gih hutang. Ketika itu memang saya sudah kehabisan duit sebab bukan sekali dua mereka datang minta duit. Saya merayu minta mereka tunggu sehingga suami balik rumah sehari dua lagi.

Mulanya memang mereka marah tetapi dengan tangisan dan janji mereka sanggup tunggu suami balik. Tetapi bila suami balik, bukan dia nak selesaikan hutang, sebaliknya dia suruh saya kemas pakaian segera supaya kami pindah rumah.

Kerana ketika itu saya dan anak – anak dalam ketakutan, saya ikut sahaja perintahnya. Dan kami berpindah ke tempat lain. Apa yang mengecewakan bila pindah tergesa – gesa tentu banyak barang yang tertinggal, tapi dia janji akan bawa kemudian.

Yang penting katanya saya dan anak – anak mesti pindah demi keselamatan kami. Katanya perabut tak penting, nyawa lagi penting, kerana dia suami, saya ikut sahaja. Tutuplah kelas tadika. Tetapi apa kami nak makan? Dia dengan per4ngainya tak balik rumah berhari – hari.

Kerana tak tahan saya terp4ksa cari dan pindah ke rumah lain untuk teruskan kehidupan. Dengan pertolongan kawan saya berniaga tepi jalan supaya anak – anak tak m4ti kelaparan. Setahun kemudian saya terp4ksa minta cerai sebab dah tak tahan lagi di belit hutang dan dikejar Ah l0ng.

Nak jadikan cerita beberapa tahun kemudian setelah bercerai, saya pernah menjenguk ke rumah seorang wanita kebetulan jiran kawan saya. Terk3jut kerana perabot saya ada dalam rumah wanita tersebut. Setelah disiasat jelaslah dia isteri bekas suami saya.

Rupanya bukan ditinggalkan, sebaliknya perabot saya dihantar ke rumah isteri baru. Aduhai pembohong pembelit betul jantan ini. Nak dijadikan cerita, wanita itu pun kena tipu. Konon mengaku bujang sedangkan ketika itu dia sudah ada empat orang anak bersama saya.

Ya Allah, pembohong betul lelaki ini. Saya tak marah wanita tersebut, biar dia rasa penangan bekas suami saya. Kini dia pun kena tipu bila suaminya kahwin kali ketiga. Sekarang biar emaknya tahu, anak lelakinya itu benar – benar baik atau kaki penipu, pembohong dan kaki pembelit.

Saya minta cerai bila sudah tak tertahan dikejar pen4gih hutang. Sampai bila saya nak lari, sampai bila saya nak hidup dalam ketakutan. Saya tak sanggup, saya mahu hidup tenang walaupun tak kaya.

Pada saya biarlah pendapatan kecil asalkan tidak menipu orang dan tidak kena m4ki hamun.

Cukup – cukuplah saya diperb0dohkan oleh suami sendiri. Doa saya kini supaya anak – anak tidak jadi m4ngsa dia. Saya tak tahu macam mana dia boleh cari anaknya

Saya rasa dia mesti nak suruh anak saya buat pinjaman bank atau seumpamanya. Kerana bila sesak dia sanggup buat apa sahaja demi duit.’’

BACA: “Kerana terlalu sayangkan bini, semua kerja dia buat, dari basuh baju sampailah masak, satu hari isterinya selongkar barang dia, akhirnya terdedah perangai sebenar”