“Mak dapat panggilan telefon dari ibu kekasih hati abang aku. Aku nampak mak tiba-tiba nangis terduduk rupanya ini yang jadi!”

Oleh MHDAILY

“Mak dapat panggilan telefon dari ibu kekasih hati abang aku. Aku nampak mak tiba-tiba nangis terduduk rupanya ini yang jadi!”

Suami saya sangat sayang kakak dia, setiap bulan suami berikan RM500 dan duit makan minum untuk kakaknya.

Namun semasa suami terIantar akibat kemalangan, adik beradik suami hasut saya untuk tinggalkan suami.

"Mak dapat panggilan telefon dari ibu kekasih hati abang aku. Aku nampak mak tiba-tiba nangis terduduk rupanya ini yang jadi!"

Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita..

Saya berkahwin sudah hampir 5 tahun. Saya berkahwin atas permintaan arwah mak mertua. Awal perkahwinan suami tinggal dengan kakak beliau yang masih bujang. Saya dan suami bersetuju untuk tinggal berasingan memandangkan saya ada rumah sendiri.

Suami saya sangat sayang kakak dia jadi bila ibu mertua meninggal kami berbincang dan setuju suami jaga kakak dia kerana kakak sulung umpama pengganti ibu. Ayah mertua, adik bongsu yang jaga sebab arwah emak mertua pesan adik jaga ayah.

Jadi suami ti…Read more
11:22 AM
Mak selalu muntah darah kena buatan orang. Aku fikir ayah akan simpati dekat mak. Tapi tak! Malah ayah ada perempuan lain, ayah aku terlanjur dengan perempuan tu sampai mengandung. Ayah kahwin dengan perempuan tu masa mak aku struggle dengan sakit dia. Lepas je perempuan tu bersalin, ayah ceraikan dia.

Lahir dari broken family bukan keinginan aku. Ayah dan mak kahwin atas pilihan keluarga. Mungkin atas faktor tu, ayah selalu sangat abaikan mak. Boleh cakap selama aku hidup ni, duit makan, belanja sekolah, bil hampir semua mak yang bayar.

Kereta yang ayah aku pakai sekarang ni pun mak aku yang bayarkan. Mak sayang sangat dengan ayah. Tapi ayah selalu sangat sakitkan hati mak. Masa aku sekolah rendah, mak aku selalu muntah darah sebab kena buatan orang.

Aku fikir ayah akan ada rasa simpati dekat mak. Tapi tak! Ayah aku ada perempuan lain, ayah aku terlanjur dengan perempuan tu sampai mengandung. Istilah lain berzina. Ayah aku kahwin dengan perempuan tu masa mak aku struggle dengan sakit dia.

Lepas je perempuan tu bersalin, ayah ceraikan dia. Masa tu aku kecik lagi, aku mana faham semua tu, aku tak marah, aku tak kecewa pun sebab aku tak faham apa yang dah jadi. Tapi setiap malam aku dengar mak ayah bergaduh.

Aku fikir kisah sedih hidup aku berakhir dekat situ je. Ayah aku buat perangai lagi masa aku baru naik sekolah menengah. Waktu ni aku dah start faham, aku dah cuba menzahirkan apa yang aku rasa dekat ayah.

Aku dah pandai lawan ayah. Aku dah pandai marah-marah ayah. Aku kecewa gila bila dapat tahu ayah ada perempuan lain, dan dah kahwin dah pun. Aku anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Sedih kecewa mak semua aku yang nampak. Abang aku study jauh, dia tak nampak mak nangis malam-malam, dengar diorang gaduh setiap hari. Adik aku kecil lagi, dia tak faham apa-apa.

Lepas hampir semua ahli keluarga tahu yang ayah ada isteri baru, dari sini aku boleh nampak manusia yang suka tengok orang menderita. Siapa lagi kalau bukan keluarga belah ayah aku.

Diorang lagi suka isteri baru ayah aku sebab dia suka belikan macam-macam. Sebab gaji dia lagi mahal daripada mak aku. Diorang kata mak aku kedekut. Bukan aku tak pernah bagi pendapat suruh mak minta cerai dengan ayah.

Tapi mak selalu cakap “Sejahat-jahat ayah, itu tetap ayah kamu semua”. Lepas ayah aku kahwin untuk kali ketiga, abang aku benci sangat dekat ayah. Diorang tak bertegur pun. Kalau dia balik, kerja dia asyik perli-perli ayah aku je.

Tapi ayah aku tak pernah mengamuk bila abang buat macam tu. Itu jela yang buat aku hormat dengan ayah. Ayah bukan panas baran, bukan kaki pukul. Tapi hanya dia kaki perempuan dan tak bertanggungjawab dekat keluarga.

Lepas abang aku habis study, dia kerja. Dia duduk jauh dari family. Kitorang jarang tanya khabar. Dan satu hari tu, mak dapat panggilan telefon dari mak kekasih hati abang aku. Aku nampak mak aku waktu tu. Mak aku menangis terduduk.

Berita yang sangat meIukakan hati mak aku. Abang aku dah buntingkan anak orang!! Ya abang aku berz1na. Abang aku ada anak luar nikah. Boleh bayangkan tak apa yang mak aku rasa? Apa yang aku rasa?

Ayah dan abang penzina. Betul pepatah cakap. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke lauk. Aku malu, sedih, kecewa. Salah diorang tapi aku rasa jijik sangat dekat diri sendiri. Aku takut sangat takut.

Walaupun tak ada siapa yang cakap depan-depan aku. Tapi otak aku selalu fikir macam ada orang cakap aku anak penzina, adik penzina. Aku dah penat menangis nak terima hakikat ni.

Menangis air mata darah pun takkan mampu padam fakta yang aku datang dari keluarga yang buat zina! Aku perempuan, dan aku sangat takut apa yang diorang buat tu akan kena dekat aku balik.

Tipu kalau aku tak pernah salahkan takdir sebab lahir dalam keluarga macam ni. Aku cemburu bila tengok keluarga orang lain. Aku rasa rendah diri. Aku rasa tak setanding dengan orang lain.

Disebabkan peristiwa gelap keluarga aku, aku macam galas satu beban untuk pulihkan semua keadaan. Aku stress bila aku jadi tempat harapan mak. Mak selalu suruh belajar elok-elok, ada kerjaya yang bagus, biar dihormati orang lain, jaga maruah diri, jaga nama baik.

Jadi otak aku telah disetkan bahawa kejayaan boleh buat orang hormat kita. Aku antara pelajar yang cemerlang. Dapat keputusan yang bagus. Berkat doa dan tekanan dari mak aku. Aku tahu mak aku nak yang terbaik untuk aku, dia tak nak aku senasib macam dia.

Ditindas orang lain, dipandang rendah orang lain. Tapi cara dia sangat memberi tekanan pada aku. Aku jadi tempat harapan dia, tempat mengadu dia, pada waktu yang sama juga akulah tempat untuk dia lempiaskan marah dan kecewa dia.

Aku pernah cuba untuk tamatkan riwayat hidup aku dengan pelbagai cara. Kalau pergi sekolah, aku selalu doa aku kemalangan. Tapi Allah sayang aku lagi. Setiap malam aku nangis, kenapa nasib aku macam ni. Selalu kecewa dengan perancangan yang Allah bagi untuk aku.

Semua yang jadi dekat hidup aku, buat aku rasa sangat kerdil dekat orang sekeliling. Aku jadi manusia yang tak bersyukur, sentiasa salahkan takdir. Doakanlah aku semoga aku menjadi lebih bersyukur.

Aku tahu ada orang lebih teruk daripada aku. Tapi susah sangat nak dapat hati yang ikhlas dan redha. Doakan aku supaya aku lebih kuat, diberi ketenangan, berjaya dan bahagia dunia akhir4t. – Zizi (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

NA RA : Dik.. dugaan awak memang kuat dik. Jangan genggam dunia ni kuat sangat sebab memang akan terIuka. Mulakan dengan istighfar banyak-banyak. Semoga hati jadi lebih lembut untuk redha.

Memang bukan senang tapi jika kite terus hidup dalam sedih pun tak senang. Semoga awak bersabar dan dapat cari bahagia awak. Jangan ikut jejak abang dan ayah awak. Semoga awak selamat dunia akhirat.

Mike Adam : Confessor memilih keluarga mana kita nak lahir bukan pilihan. Ianya takdir kita. Tapi Allah adil, bila Allah letak kita di tempat yang susah, Allah akan bantu. Cuma kita nak kena yakin, bahawa Allah bantu. Tak dapat sekarang dapat ke depan nanti. Jangan berhenti minta Allah bantu.

Nurul Haslinda : Orang yang banyak menangis di dunia disebabkn sakitnya ujian hidup tapi dia sabar dan redha dengan ujian tersebut. InsyaAllah akan tersenyum gembira di akhirat kelak. Syurga tu tempat gembira tiada lagi d3rita seperti di dunia. Semoga tabah dan sabar.

BACA:

Masyarakat cina muslim ini dedah dipaksa makan daging babi setiap kali hari jumaat

Demi tampung kos rawatan anak, bapa berkorban ‘pejam’ mata jual kereta