Majlis kahwin jadi huru-hara, ombak besar ‘bantai’ tetamu yang hadir

Oleh MHDAILY

Majlis kahwin jadi huru-hara, ombak besar ‘bantai’ tetamu yang hadir. Majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila ombak besar menghempas lokasi majlis tersebut, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Tragedi ombak besar itu berlaku di kelab Keauhou Kona Surf & Racquet di bandar Kailua, negeri Hawaii, Amerika Syarikat.

Ombak yang pada mulanya kelihatan tenang secara tiba-tiba menjadi ganas apabila ia menghempas dinding penghadang lalu menyebabkan para tetamu lari menyelamatkan diri.Hanya dalam masa beberapa saat, majlis perkahwinan itu ditenggelami air dan semua perhiasan rosak.

Tiada sebarang kecedaraan dilaporkan hanya kek sahaja yang menjadi mangsa tragedi tersebut.

Salah seorang tetamu berkata meskipun kejadian itu belum pernah berlaku, namun perkahwinan itu masih indah.

Majlis kahwin jadi huru-hara, ombak besar 'bantai' tetamu yang hadir

Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan, seluruh pantai yang menghadap ke selatan bakal berisiko mengalami ombak yang boleh mencapai pada ketinggian lapan hingga 12 kaki sehingga Isnin depan.

BACA:

Kelibat ‘Penanggal’ berjaya dirakam di Terengganu, kelam-kabut satu kereta

Gadis selamba makan mi segera dalam train, admin LRT perli di twitter siap tunjuk gambar

Objek iras Spageti ditemui di Marikh – NASA

 

Leave a Comment