Majlis Azmin di Johor ketika PKP. Polis diminta turut lakukan siasatan

Majlis Azmin di Johor ketika PKP. Polis diminta turut lakukan siasatan

Polis diminta menyiasat adakah Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara ketika berucap dalam satu majlis Bersatu di Johor baru-baru ini.

Ini kerana majlis itu diadakan ketika Johor masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi Twitternya berkata, “Mohon @PDRMsia siasat adakah Azmin, penganjur dan mereka yang hadir ke majlis ini telah melanggar SOP @MKNJPM bagi negeri Johor yang masih dalam PKP.”

Gambar Ifteesham dengan Azmin pada pada 20 Februari.

Beliau mengulas satu lagi kicauan yang dibuat oleh Ifteesham Yusak yang menunjukkan Azmin sedang berucap dalam majlis anjuran Bersatu itu.

“DS Azmin Ali Pengarah pilihan raya PN Nasional merangkap MPT Bersatu di program bersama kepimpinan bahagian Bersatu dan PIC PKN seluruh negeri Johor,” tulis Ifteesham itu.

Sumber: