Majlis Agama Islam Terengganu beri amaran kepada parti politik yang gunakan masjid untuk kempen PRN

Oleh MHDAILY

Majlis Agama Islam Terengganu beri amaran kepada parti politik yang gunakan masjid untuk kempen PRN

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menjadikan ahli jawatankuasa surau serta masjid sebagai mata dan telinga badan itu

sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

Majlis Agama Islam Terengganu beri amaran kepada parti politik yang gunakan masjid untuk kempen PRN

Yang Dipertua, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata ia bagi memastikan tiada sebarang aktiviti kempen politik diadakan di surau dan masjid.

Beliau berkata, larangan bukan hanya membabitkan aktiviti ceramah dan program politik, malah turut membabitkan pemasangan poster politik di pagar surau dan masjid.

“Kita mempunyai lebih 2,000 surau dan 500 masjid di seluruh Terengganu. Jadi, kita memberi amaran kepada mana-mana ahli politik atau badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak menjadikan surau dan masjid tempat berpolitik.

“Kita sentiasa memantau perkara ini dengan meminta ahli jawatankuasa termasuk iman serta bilal menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat kepada MAIDAM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu oleh McDonald Malaysia kepada Asnaf Zakat Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.

Shaikh Harun berkata, pihaknya menetapkan beberapa larangan aktiviti sepanjang kempen PRN bagi menjaga keharmonian dan kemuliaan surau serta masjid di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak membenarkan kepemimpinan parti politik dan aktivis politik bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat serta menyampaikan apa-apa ceramah agama sepanjang tempoh berkempen.

“Mana-mana agensi kerajaan yang berhasrat menganjurkan sebarang program sama ada kuliah atau ceramah agama di surau dan masjid, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada MAIDAM.

“Kuliah pengajian agama yang sedia ada boleh diteruskan seperti biasa di semua surau dan masjid di seluruh negeri ini.

“Bagaimanapun pengajar diingatkan supaya tidak menyentuh atau menyelit apa-apa perkara yang berbaur kempen kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Shaikh Harun berkata, bagi kesalahan mengajar Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 103 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

“Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 103 adalah melakukan suatu kesalahan.

“Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

BACA:

Harga kalah Mekdi! Wanita ini terkejut ‘beruk’ harga burger ayam special tepi jalan RM23 undang reaksi netizen