Majikan tersilap bayar gaji RM792,000 kepada pekerja, terus ‘hilang’ lepastu

Oleh MHDAILY

Majikan tersilap bayar gaji RM792,000 kepada pekerja, terus ‘hilang’ lepastu. Seorang lelaki di Chile yang secara tidak sengaja menerima wang gaji 286 kali lebih tinggi daripada pendapatan bulanannya, dilaporkan menghilangkan diri selepas berjanji mahu memulangkan lebihan wang tersebut kepada majikannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Jabatan sumber manusia syarikat pengeluar makanan sejuk beku, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial) dikatakan secara tidak sengaja membayar wang gaji berjumlah AS$180,000 (RM791,836) kepada seorang pekerjanya bulan lalu.

Pekerja terbabit sepatutnya hanya menerima gaji berjumlah AS$542 (RM2,384).

Dia bagaimanapun telah meletakkan jawatan, seterusnya hilang tanpa dapat dihubungi sehingga memaksa pihak syarikat mengambil tindakan undang-undang.

Menurut akhbar Diario Financiero, seorang pembantu pejabat di Cial telah memberitahu timbalan pengurus mengenai kesilapan pembayaran gaji bulanan kakitangan tersebut pada 30 Mei lalu.

Majikan tersilap bayar gaji RM792,000 kepada pekerja, terus 'hilang' lepastu

Selepas memeriksa rekod pembayaran, pengurusan Cial mengesahkan bahawa kakitangan itu dibayar 286 kali lebih tinggi berbanding gaji bulanannya. Pihak pengurusan kemudian mengarahkannya untuk memulangkan wang tersebut.

Pekerja terbabit pada awalnya berjanji untuk membayar balik keesokan harinya, namun dia tidak bertindak demikian meskipun mendakwa akan pergi ke bank bagi membuat pembayaran.

Pada 2 Jun lalu, kakitangan berkenaan meletakkan jawatan menerusi sebuah firma guaman sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki.

BACA:

Dakwa gaji RM2,800 boleh beli X50, pembantu jualan ini dikecam

Kerajaan bimbang tak dapat bayar gaji 1.4 juta penjawat awam bulan ini

Gaji 3 kali ganda jika bekerja pada cuti umum

Leave a Comment