Bilionair farmaseutikal membawa sekitar 4,500 pekerja ke Vietnam pada akhir bulan ini.
Para pekerja tersebut akan melawat tiga kawasan utama di utara Vietnam, termasuk Hanoi, Wilayah Ninh Binh, dan Teluk Ha Long di Wilayah Quang Ninh.
Perjalanan ini akan ditaja oleh Sun Pharmaceutical Industries Limited,
sebuah syarikat farmaseutikal multinasional yang berpangkalan di India dan diasaskan oleh Dilip Shangvi, salah seorang bilionair terkaya di negara tersebut.
Kakitangan Sun Pharmaceutical akan tiba di Vietnam dalam beberapa kumpulan kecil antara 27 Ogos hingga 7 September depan dan akan mengikuti jadual perjalanan yang telah disediakan.
“Setiap kumpulan akan memulakan lawatan di Hanoi terlebih dahulu, diikuti oleh Ninh Binh dan Teluk Ha Long,” kata Nguyen Nguyet Van Khanh, pengarah pemasaran agensi pelancongan Vietravel.
Beliau menambah, para pekerja tersebut akan menikmati penginapan di hotel empat dan lima bintang di setiap destinasi.
BACA: Pemuda kongsi cerita ‘Badan dalam mulut buaya saya cucuk matanya selepas dengar bisikan’