Sukan bola sepak di Malaysia semakin ‘ekstrem’ apabila seorang pemain dari pasukan Farouk FT
Dilihat menggunakan peralatan tajam yang menyerupai kerambit dalam pergaduhan yang berlaku.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, kejadian tersebut berlaku di padang KLFA, Melawati pada jam 12.30 pagi semalam.
Pemain tersebut didapati bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam ketika tercetusnya perkelahian antara mereka.
Dalam gambar tular itu, pemain berkenaan kelihatan berniat untuk menghayun tangan kanannya yang menggenggam kerambit ke arah orang di depannya.
Sekiranya terkena pada pihak lawan, tindakan tersebut pasti boleh membawa padah dan mungkin meragut nyawa seseorang.
Setakat ini, difahamkan tiada kemalangan jiwa atau tragedi berdarah yang berlaku di padang, dan pemain yang mengamuk itu berjaya ditenangkan oleh orang ramai.