Madammu kini hamil 5 minggu selepas penantian 7 tahun

Oleh MHDAILY

Madammu kini hamil 5 minggu selepas penantian 7 tahun. Penantian 7 tahun berakhir, Madammu kongsi berita gembira kini hamil 5 minggu

BAGI yang sering mengikuti perkembangan usahawan terkenal, Eriyca Baiduri Abdul Rashid, pasti ramai tahu usaha beliau untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas tujuh tahun berkahwin.

Bukan satu rahsia lagi, usahawan jelita itu secara terbuka berkongsi perjalanannya melakukan in vitro fertilization (IVF) di media sosial miliknya.

Kali ini, dengan izin YANG MAHA ESA, Eriyca Baiduri atau dikenali dengan nama Madammu disahkan hamil selepas lima bulan menjalani rawatan IVF bermula April lalu.

Difahamkan, usia kandungannya kini baru memasuki trimester pertama. Dengan kiraan lebih tepat, lima minggu kehamilan.

Madammu kini hamil 5 minggu selepas penantian 7 tahun

Madammu memuat naik berita gembira tersebut menerusi perkongsian di TikTok sambil ditemani oleh suaminya, Muhammad Azri Che No.

“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant,” tulisnya yang tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata.

Wanita tersebut mengakui, sokongan keluarga dan staf banyak memberi kekuatan untuk mengharungi cabaran sepanjang proses IVF tersebut.

Paling mencabar katanya, apabila terpaksa membuang tiub fallopian.

@majalahpama Congratulations Madammu & husband! Semoga urusan kehamilan dipermudahkan ❤️❤️#fypシ #fyp #madammu #madammunoir #ivf ♬ Until I Found You – Stephen Sanchez

Bukan itu sahaja, beliau juga perlu mengambil pelbagai suntikan, selain makan pil hormon yang memberi kesan ke atas emosinya.

Malah, sepanjang proses IVF tersebut juga, Madammu terpaksa menjalani bed rest selama 10 hari.

Selepas itu, barulah beliau bertemu dengan doktor bagi mengetahui keputusan sama ada rawatan tersebut berjaya atau tidak.

Ternyata segala pengorbanan sepanjang tempoh lima bulan tersebut berbaloi apabila dirinya disahkan hamil.

Beliau turut berkongsi rasa usai mendapat tahu dirinya kini sudah berbadan dua.

Akui Madammu, perjalanan rawatan IVF yang dilaluinya itu bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sahaja melibatkan dirinya, malah suaminya turut berjuang bersama.

“Orang hanya tahu tentang pengorbanan isteri apabila melalui proses tersebut. Sebenarnya, suami yang banyak memainkan peranan penting.

“Beliau banyak memberi semangat dan selalu bersabar dengan emosi saya yang tidak stabil. Lebih-lebih lagi ketika mengambil pil hormon. Emosi saya sentiasa berubah, tetapi suami sangat tenang dan sabar melayan,” ungkap Madammu lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dengan khabar gembira tersebut.

Malah, mereka turut mendoakan semoga proses kehamilan Madammu dipermudahkan dan selamat melahirkan cahaya mata yang comel kelak.

BACA:

Dakwaan bercuti dengan Ungku Ismail lepas cerai, akhirnya ini pengakuan Nad Zainal

‘Berita baik untuk PN’ – Muhyiddin

Aksi penyanyi gosok alat sulit atas pentas dikecam