‘Macam watak Disney’ Penampilan Siti Saleha bikin orang Korea ‘cair’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Penampilan pelakon Siti Saleha di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 menarik perhatian rakyat Korea Selatan.

Rata-rata netizen kagum dengan kecantikan Saleha, yang dikenali sebagai Siti Saleha Mohd. Baharum, 34,

Dia yang menggayakan gaun labuh berwarna kuning dengan solekan yang minimalis.

Seorang pengguna aplikasi X berkata, pelakon drama SeOfis itu menjadi tumpuan media Korea Selatan

sehingga beberapa artikel mengenainya tular di laman Naver.

'Macam watak Disney' Penampilan Siti Saleha bikin orang Korea 'cair'

“Pelakon Malaysia Siti Saleha mempunyai artikel yang tular dalam Naver! Semua puji busana dan kecantikannya di SDA (Seoul Drama Awards),” tulisnya.

Naver merupakan laman web popular di Korea Selatan yang mempunyai sistem enjin carian tersendiri seperti Google dan Yahoo.

Dalam pada itu, ada yang memuji penampilan Saleha yang kelihatan seperti watak Disney, Belle, dari Beauty and the Beast.

“Gaun dan penampilan keseluruhannya kelihatan seperti Belle. Cantik,” kata seorang pengikut.

“Saleha memang sangat cantik. Saya berbangga, dia layak mendapat tumpuan ini,” ujar seorang peminat.

“Siapa tahu, satu hari nanti pengarah Korea akan memberikan tawaran berlakon kerana dia adalah pelakon yang bagus,” tutur pengikut lain.

Selain itu, artikel yang ditulis turut memuji keramahan aktres itu melayan peminat ketika acara karpet merah.

Malah, sikap mesra yang ditonjolkan Saleha ketika melambai di hadapan kamera juga mendapat reaksi positif dari media di negara kimchi itu.

Semalam, Saleha dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024, dan menganggap kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi momen indah untuk dirinya, tetapi juga satu pencapaian istimewa untuk tanah air.

Saleha dicalonkan dalam kategori Bintang Asia Terbaik menerusi drama siri asal berjudul SeOfis yang disiarkan di platform digital Tonton.

Dalam kategori tersebut, aktres berkenaan berjaya menewaskan lima lagi pesaing termasuk pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Singapura.

BACA: Harta Lee Chong Wei bertambah RM80 juta, semua selepas hasil penjualan tanah