Seorang wanita menjadi perhatian di TikTok kerana sering berkongsi pengalaman dan suasana ketika menjadi tahanan penjara.
Menerusi akaun Adzrin Adzhar, dia menyamakan pengiraan di penjara dengan waktu pejabat, di mana hari Sabtu dan Ahad dianggap sebagai cuti.
“Saya dijatuhkan hukuman penjara setahun, tetapi saya hanya perlu jalani tempoh selama lapan bulan sahaja.
“Penjara macam waktu pejabat, Sabtu dan Ahad cuti, jadi mereka akan tolak setiap Sabtu dan Ahad sepanjang setahun itu, dan tempoh hukuman jadi lebih pendek,” jelasnya.
Adzrin, yang juga seorang penghidap kanser ovari, sering memuat naik video di TikTok untuk menjawab pelbagai persoalan daripada pengikutnya.
Ada pengikut yang bertanya tentang punca dia dimasukkan ke penjara. Adzrin dengan tenang membalas bahawa dia dihukum kerana kesalahan melibatkan pengubahan wang haram untuk membiayai unsur keganasan dan jenayah.
Menurutnya secara ringkas, kesalahan itu berkaitan dengan isu politik negara yang dianggap ‘kotor’ pada waktu itu, namun dia reda menerima ketentuan Allah SWT.
Walaupun bergelar bekas banduan, Adzrin menjadi inspirasi kepada ramai, dengan rata-rata pengikutnya memuji kekuatan dirinya yang masih mampu tersenyum walaupun menghadapi pelbagai ujian hidup.
“Awak macam bukan bekas banduan, cara awak bercerita sangat bersahaja. Awak memang kuat, mungkin ini boleh jadi pengajaran bersama,” kata Maisarah.
“Kalau kita benar, jangan malu untuk mengaku kita bekas banduan. Ramai yang masuk penjara kerana hasad dengki orang lain, bukan salah sendiri. Jangan risau, hukuman di akhirat nanti lebih adil,” ujar Shakirin.
BACA: Harris Annuar dedah pernah nampak pocong dan terkena tempias sihir ibunya