Macam mana penjajah British menindas pesawah Melayu ketika era penjajahan yang ramai tak tahu
Macam Mana Penjajah British Menindas Pesawah Melayu?
Saya nak bawa korang semua balik ke tahun 1934. Boleh korang tengok betapa susahnya hidup datuk nenek moyang kita.
Macam mana? Kita akan guna Midjourney. Buat AI bagaikan mesin masa nak bagi sama-sama feel.
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat satu thread, membawa bahan ilmiah rumit dengan bahasa mudah.
Kalau minat topik gini, jemput follow saya. Saya juga ada kat Ta-Ya-Kaf-Ta-Wau-Kaf. Boleh ke sana juga.
Jom ke masa lampau.
Ini Kesum. Bulan lalu dia kena patuk. Ni baru jer dia sembuh. Sebab tu muka dia muram sikit.
Dah kena turun bendang padi… membanting tulang demi sesuap rezeki sama macam para wanita Melayu seusia dengannya.
Mungkin korang tak percaya sebab tu gambar penjanaan AI.
Nah. Ni gambar sebenar, diambil semasa zaman penjajahan di bumi Kedah. Saya cuma warnakan guna AI. Nama-nama mereka dah ditelan zaman. Tapi jangan sesekali kita lupa apa mereka lalui.
Sementara tu, kalau korang nak tahu betapa besinya umat Melayu ni, saya nak recommend buku ni.
Belum pernah saya recommend sebab baru habis baca.
Suami Kesum dah meninggal. Kesum ni pula tak suka buat kerja bendang padi. Tapi dia tiada pilihan lain. Dia kena semai, tuai dan juai. Sebab nak bayar hutang suaminya.
Mungkin sebab hutang tu kot suami dia meninggal. Sentiasa dalam tekanan. Tidur tak cukup.
Image
Satu hari, tumbang dan pergi terus. Semua waktu pinjam tu, suami dia letak bendang sawah buat cagaran. Tak dapat bayar, memang alamatlah tanah diambil.
Nak faham benda ni, kena tengok sebab apa British buat Malay Land Reservation Enactment tahun 1913.
Kat Selangor tahun 1909, lebih daripada 1,500 tanah tergadai.
Perak lagi dahsyat. 90% tanah Melayu kena gadai.British buat enakmen tu taknak bagi tanah orang Melayu tergadai kat bangsa lain.
Baiknya. Tak. Ni adalah kaedah benevolent colonization.
Buat apa saja nak bagi nampak diorang tu pemurah. Asasnya, British rizabkan tanah khas untuk orang Melayu buat padi.
Nampak macam jaga kepentingan. Konon. Tak bagi tanah-tanah orang Melayu disebat kapitalis. Konon.
Tapi hakikatnya, sistem mereka bina ni tak bagi orang—
—Melayu keluar daripada industri sawah.
Enakmen tu bagi kuasa kat Residen untuk khaskan kawasan-kawasna tertentu buat padi. Adanya enakmen ni, pesawah tak boleh nak tukar industri.
Sat saya cerita kenapa. Waktu tu bisnes getah melambung betul.
Mereka tak dibenarkan tukar.
Atas sebab tu, majoriti orang Melayu terjejas betul.
Sebab British wajibkan mereka masuk dalam ekonomi subsistence farming – semai dan tanam semata-mata untuk sara diri dan buat lambakan.
Saya ulang balik: bagi beras ada lambakan. Ikut hukum bekalan dan permintaan—
—bila ada lambakan, harga turun teruk lah.
Pesawah Melayu sakit. British pula seronok. Sebab mereka dapat bekalan beras sangat murah, tak perlu nak import daripada Siam misalnya.
Akibat ni lah suami Kesum terpaksa berhutang. Padi tak bawa untung. Dah berhutang, kena bayar.
Nak bayar tu pula, tak boleh. Padi tak untung. Lama-lama, tanah tu boleh tergadai tergadai… sebab pemiutang tiada cara lain dah nak kutip hutang.
Kesum taknak tanah tu tergadai. Anak baru seorang. Tu jer satu-satunya pusaka budak tu ada.
Yang bagi hutang tu orang Melayu. British tak kisah kalau hak hartanah dibuat cagaran sesama Melayu.
Orang kita suka lah situasi macam ni. Boleh bahan orang Melayu. Kononnya jerung makan bilis. Tapi bila cakap macam tu, kita dok tutup isu.
Punca benda sebab British jajah.
Tu jer. Kita kena bincang pasal tu. Bukannya pasal pemiutang buat apa. Sebab pemiutang tu dah bagi duit.
Pesawah tak boleh nak eksport sendiri pun. Sebab ada bukti sebenarnya British secara tak langsung pastikan pesawah-pesawah ni kekal miskin.
Saya simpulkan penjajahan British dengan 20 patah perkataan: utamakan getah dan bijih timah tapi itulah, pekerja kena makan. Jadi tu tanggungjawab Melayu: tuai makanan untuk pelombong dan penoreh.
Inilah kuku British yang mencengkam hidup Kesum.
Nak buat apa pun tak boleh. Sebab British hanya ubah perangai sebab Perang Dunia Kedua.
Saya akan cuba visualize lagi banyak sejarah penjajahan British. Satu jer, tangisan datuk dan nenek moyang kita wajib didedahkan.
BACA: