‘Macam mana kepala treler tu boleh tercabut’ pening netizen cari jawapan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Situasi mencemaskan berlaku apabila kepala sebuah treler tiba-tiba terpisah dari kontena yang dibawanya, meninggalkan bahagian belakang kenderaan berat itu terbiar di tengah jalan.

Rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Facebook memaparkan detik-detik kejadian,

Di mana treler tersebut pada mulanya bergerak lancar sebelum kontena secara tiba-tiba terlepas dari kepala treler.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila sebuah motosikal yang mengekori treler tersebut terpaksa membrek secara mengejut

Bagi mengelakkan pelanggaran dengan kontena yang tertinggal di tengah jalan. Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

‘Macam mana kepala treler tu boleh tercabut’ pening netizen cari jawapan

Di ruangan komen, netizen tampil dengan pelbagai pandangan dan spekulasi mengenai insiden tersebut.

“Pemandu mungkin tidak bersalah. Kemungkinan besar kesilapan terletak pada individu yang bertanggungjawab mengendalikan sambungan kontena. Klip pengunci mungkin tidak diperiksa dengan teliti,” kata Samiah Mia.

“Ini jelas masalah teknikal. Tidak ada pemandu yang sengaja mahu menjatuhkan muatan berat sebegitu. Pastinya ada faktor teknikal yang terlepas pandang,” tambah Jul Aripin.

“Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku. Sambungan yang lemah atau tidak diperiksa dengan rapi, ditambah dengan keadaan jalan yang tidak rata, boleh mencetuskan insiden ini. Pemeriksaan menyeluruh perlu dilakukan sebelum perjalanan bermula,” ulas Hasbulla Mogemov.

Kejadian ini menjadi peringatan penting kepada semua pihak yang terlibat dalam pengendalian kenderaan berat supaya memastikan pemeriksaan teknikal dilakukan secara menyeluruh untuk mengelakkan risiko yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

BACA; Jakim sahkan sandwich KK Mart tiada sijil Halal

1 thought on “‘Macam mana kepala treler tu boleh tercabut’ pening netizen cari jawapan”

Leave a Comment