“Macam-macam aku buat untuk ambil hati mak mertua, aku bawa dia makan-makan, aku beli gelang emas untuk dia pun kata aku kedekut”

Oleh SURIANI HAMDAN

Terpanggil nak berkongsi kisah aku bila heboh cerita suami naik tangan dekat isteri. Ya, aku pernah jadi m4ngsa dipukuI suami.

Dayus! Tapi keluarga suami semua salahkan aku. Alasan depa mesti ada sebab kenapa anak depa berkelakuan macam tu.

Iyalaa depan mak ayah sendiri mana nak tunjuk belang kan? Aku yang tidur sebantal dengan dia tau lah macam mana ragam dia.

"Macam-macam aku buat untuk ambil hati mak mertua, aku bawa dia makan-makan, aku beli gelang emas untuk dia pun kata aku kedekut"

Ntah laa, dulu dia baik je dengan aku. Tak pernah tinggi suara, kalau menegur pun cara berhemah.

Tapi aku perasan per4ngai dia berubah bila terlalu banyak campur tangan keluarga mentua. Semua benda nak control. Mula dengan merungut, complaint sana sini dan mula mem4ki.

Aku nangis setiap kali kena m4ki, dia meng4muk baling – baling barang.

Sebab keluarga aku tak macam tu. Aku tak meIawan bila dia bengis, aku diam jer tapi dia tetap tak puas hati. Dah m4ki isteri, lepas tu tak minta maaf sebab dia rasa diri dia betul.

Dan mula abaikan nafkah isteri. Semua aku kena tanggung sendiri atas alasan aku bekerja dan ada gaji sendiri.

Aku cuba ambil hati mak mentua. Birthday suami, aku akan belikan hadiah untuk mak mentua, bawa pergi makan. Aku beli gelang emas, halus je la mampu aku beli yang 6.5 gram. Tu pun kata aku kedekut. Dan aku bagitahu, hadiah ni duit aku bukan duit suami aku.

Tiap kali raya aku kasi duit raya. Aku tak nak ada salah faham, sebab mak dia selalu perli aku keja habiskan duit anak dia. Aku tak pernah halang suami nak berbakti kepada keluarga dia.

Ada sekali tu aku kena c19. Dia tinggalkan aku sendirian di rumah terkontang kanting dengan spo 91.

Dia berkemas balik rumah mak dia. Mak dia kata aku bawa peny4kit. Masa tu aku sedih sangat. Ikutkan suami boleh je jaga makan aku, orderkan panda ke apa beli bubur sebab aku takde selera makan.

Ni tinggalkan tanpa bekalan makan kat rumah dengan semput nak nafas pun susah.

Adik aku dan kawan – kawan pulak yang heboh hantarkan makanan, ubat – ubatan dekat aku. Alhamdulillah. Mak ayah aku tak dapat datang tengok aku sebab masa tu pkp. Sedih sangat masa tu tapi ada hikmah yang besar.

Aku sedar yang aku perlu sayangi diri aku sendiri dari sayangkan dia yang tak membuahkan hasil. Aku sentiasa berdoa, aku redha dengan apa yang terjadi sekiranya takde jodoh biarlah dia yang putuuskan hubungan ini. Kami masih suami isteri tapi hubungan tak mesra macam dulu.

Aku dah biasa sendiri, kalau s4kit demam pun dia tinggalkan aku sendirian, pandai akulah nak hidup. Dia boleh bercuti sana sini dengan keluarga dia. Itulah manusia yang bernama suami pedajaI aku. Mak dia pun takde rasa malu buat anak orang macam tu.

Kepada mak – mak di luar sana kalau anak lelaki tu dah berkeluarga mak kena belajar melepaskan anak itu untuk berdikari nakhoda keluarga sendiri.

Mak jangan over protective plak sampai menzaIimi menantu. Malas nak cerita panjang sebab sama je alkisahnya dengan orang lain, lebih kurang je.

Yang jadi suami pun jangan lembik, memang ye mak tu syurga awak tapi jangan tempah jalan ke ner4ka kalau abaikan isteri sendiri.

Bayarlah nanti hutang tu kat akhir4t. Satu hari tu dia balik dengan muka bengis tanya apa aku cakap dekat mak dia sampai mak menangis.

Aku jawab takde cakap apa. Sebab aku jarang nak berhubung dengan mentua sebab tau dia tak suka aku. Bila aku jawab tak de cakap apa, lagi dia meng4muk tak puas hati! Masalahnya memang aku takde cakap apa dekat mak dia.

Tiba – tiba dia capai rambut aku, dia tolak aku. Aduh, aku jatuh!!!! Tangan dia yang besar tu naik dekat muka aku, sekali berpinar rasa kepala otak aku.

Then dia lafazkan cerai taIak satu kat aku. Aku jadi s4kit hati, dah bukan salah aku dan aku tak tau apa mak dia mengadu domba.

Masa dia lafazkan cerai tu sambil jari dia tuding kat aku. Dia halau aku keluar rumah, dia kata aku derh4ka dekat mak dia. Kurang ajar dengan mak mentua sendiri. Aku jerit b0doh kat dia sekuat hati!!!!!!!! Aku kh1nzirkan dia!

Dia terk3jut sebab selama ni aku tak pernah berkasar macam tu, tapi sebab hati aku s4kit sangat. Aku carutkan dia. Dia datang nak Iempang aku, sebelum dia debik aku, buku lima aku dan sampai dulu dekat halkum dia, terus dia tumbang.

Aku capai tudung, aku malas nak fikir panjang. Aku ke pejabat agama terus, failkan permohonan pengesahan lafaz cerai, aku malas nak fikir dah.

Aku buat repot polis sekali. Turun naik Mahkamah syariah sahkan lafaz cerai. So aku jadi janda usia muda alhamdulillah terlepas siksa dunia.

Kami tiada zuriat walaupun dah kahwin bertahun. Silap aku bertahan konon dia akan berubah, memang dia berubah, berubah jadi binatang!

Repot polis yang aku failkan tu, aku tak hingin nak tarik balik. Keluarga dia minta aku tarik balik repot tapi kalau dasar kurang ajar memang takde adab pun.

Minta kita tarik balik tapi m4ki kita, update status kat sosiaI media?! Jadi aku tak nak pertimbangkan langsung. Aku nak ajar semua orang yang aniaaya aku tanpa perlu aku menjerit – jerit macam orang giIa, tanpa perlu aku update status kat sosiaI media meroyan. Tak perlu. Buang masa dan tenaga jer. Cukuplah aku did3ra mentaI fizikaI. Serik!!!!

Dia mengaku salah, dia dijatuhkan hukuuman penjara 3 bulan dan denda RM2000. Dan sebagai penjawat awam dia dikenakan tindakan tatatertib, kerjaya pun terjejas.

Allah bagi cash jer kat dunia sebab aniaaya isteri sendiri yang taat kepada dia dan hormat keluarga dia.

Walaupun diperli, dih1na depan – depan takde menjawab, telan je. Alhamdulilah kepada sesiapa yang ditindas, bangkit!!!! Cari bantuan, jangan berg4ntung 100% kat suami tu. Kalau suri rumah pun kena bijak cari duit tepi.

Ada duit simpan, jangan tunjuk berduit sangat. Aku yang bekerja ni pun ada gaji sendiri pun manusia tohmah kata aku habiskan duit anak dia. Inikan yang menyandang jawatan suri rumah kan??? Kena kuat semangat. Kalau dia naik tangan, buat balik dekat dia.

Belajar kat utube teknik nak tumbangkan Iawan. Mesti dia terk3jut beruk tengok kita meIawan. Walaupun dah setahun aku menjanda, aku lek lek chill jer.

Buat masa ni aku tr4uma nak bernikah lagi. Pengajaran terbesar dalam hidup aku, sayang diri sendiri, sayang Allah. Sekian. – Kiah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatima Humairah : Bagus Cik Kiah. Jantan zaman sekarang ni memang suka naik tangan kat isteri, jebon betul. Next time kita boleh pakejkan tumbuukkan halkum tu dengan tend4ngan kat lato – lato der4ng. Biar dia separuh nyawa tahan senak tu.

Dan mak – mak mertua, please la, tak yah nak campur tangan hal rumahtangga anak jantan korang. Kadang – kadang mak – mak la punca kenapa anak lelaki tu berkasar dengan isteri.

Dan elok – elok anak jantan tu bahagia, dia pulak suka cucuk jarum bagi anak menantu berg4duh. Apooo punya per4ngai.

Zila Zie : Bagidol.. Ada tinggalkan bini tengah s4kit terkontang kanting sorang. Bagus awak buat laporan polis, so dah ada rekod. Mana – mana perempuan yang nak kahwin dengan duda yang ada rekod pukuI bini, jaga – jaga la ye

Delarina Othman : Alhamdulillah.. puas hati dengar cerita macam ni. Semoga memjadi nasihat dan semangat pada semua wanita yang dian4yai. Dan semoga confesor diberi kebahagian dan rezeki yang murah dunia akhir4t.

BACA: Caprice dedah nama sebenar ‘Mawla Amin’ semasa di Perancis sebelum pindah Morocco