Macam ini cara kira pembahagian caruman akaun 3 kwsp ramai nak tahu

Oleh SURIANI HAMDAN

Satu perkara yang menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat kini adalah kemudahan sekali guna (one-off) yang ditawarkan

oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang membolehkan pencarum memulakan Akaun 3 tanpa baki kosong.

Banyak yang bertanya-tanya tentang langkah-langkahnya di saluran TikTok kami.

Untuk kemudahan, kami menyediakan kalkulator pengiraan agar anda dapat mengetahui jumlah yang akan dimasukkan ke Akaun Fleksibel sekiranya anda ingin memanfaatkan peluang one-off ini.

Anda hanya perlu tahu baki terkini Akaun 2 anda dengan memeriksa i-Akaun dan memasukkannya ke dalam ruang yang disediakan di bawah.

Macam ini cara kira pembahagian caruman akaun 3 kwsp ramai nak tahu

Jika anda bimbang simpanan hari tua anda akan digunakan secara tidak sengaja, tawaran ini adalah tidak wajib. Anda boleh memilih untuk tidak memohon dan terus mencarum seperti biasa, dan caruman akan diproses mengikut nisbah baharu 75:15:10.

Penstrukturan semula caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berkuat kuasa pada 11 Mei 2024. Ini melibatkan penjenamaan semula Akaun 1 dan Akaun 2 kepada Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selanjutnya, satu akaun baru akan dicipta iaitu Akaun Fleksibel yang lebih dikenali sebagai Akaun 3.

Kalkulator Pengiraan KWSP Akaun 3

Kelebihan Akaun 3 adalah ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Malah, ramai yang mula menunjukkan minat untuk menjadikan Akaun 3 sebagai instrumen pelaburan berdasarkan sejarah dividen yang diberikan oleh KWSP yang tinggi.

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan melalui akaun 3 nanti.

Sekiranya akaun 2 mempunyai baki kurang daripada RM1,000, ahli boleh memindahkan keseluruhan simpanan dalam akaun 2 ke dalam akaun 3.

Jika baki akaun 2 ada RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, maksimum yang boleh dipindahkan ke akaun 3 adalah RM1,000 sahaja.

Manakala ahli yang mempunyai akaun 2 melebihi RM3,000, pembahagian akan dibuat seperti contoh berikut.

Jika baki akaun 2 ada RM9,000, pembahagian jumlah akan dilakukan seperti di bawah:

5 / 30 Dipindahkan ke Akaun 1 : RM1,500
15 / 30 Kekal dalam Akaun 2 : RM4,500
10 /30 Dipindahkan ke Akaun 3 : RM3,000
Ini bermaksud, ahli boleh membuat pengeluaran berjumlah RM3,000 melalui akaun

BACA: Lelaki cina ini cuba ayam DFC buat netizen geram tengok cara dia makan