Macam dah menang saman? Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Tun M.
Auditorium Dewan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) yang menjadi lokasi sambutan ulang tahun ke-40 Proton Holdings Bhd (Proton) gamat dengan tepukan gemuruh tetamu sebaik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar berkata, dalam mengenang perjalanan 40 tahun pengeluar kereta pertama negara, Kerajaan Perpaduan mengucapkan terima kasih atas sumbangan Dr Mahathir kepada Proton.
“Wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun, di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai sumbangan dalam bidang ini.
“Saya juga tentunya terkenang sahabat saya Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad yang menunjukkan keghairahan untuk menjayakan Proton,” katanya pada Ahad.
Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan SUV Baharu Proton X90.
Dr Mahathir merupakan pengasas Proton yang ditubuhkan pada tahun 1985 dengan matlamat membantu memacu perindustrian ekonomi Malaysia dengan mewujudkan ekosistem untuk industri automotif negara yang masih baru pada ketika itu.
Dalam masa sama, Anwar berkata, beliau percaya Proton mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam negara tapi di ASEAN.
“Walaupun ada pasang surut dan liku-liku yang membimbangkan tapi saya percaya dengan pengurusan dan komitmen yang baharu, nampak ada lonjakan semangat keupayaan untuk mengangkat kedudukan Proton sebagai industri yang mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam negara kita tapi juga di Asean,”katanya.
Baru-baru ini media dikejutkan dengan tindakan Dr Mahathir yang mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuntut ganti rugi RM150 juta.
Ia berhubung ucapan Perdana Menteri itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.
Selain ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan ganti rugi tauladan RM100 juta, Dr Mahathir turut menuntut perintah antaranya Anwar dengan serta merta menarik balik dan memadamkan kesemua kenyataan itu serta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepadanya.
BACA: Teknik baru geng rewang department cuci pinggan, teknik basuh guna pasir curi tumpuan netizen