Lupa pernah jadi Naib Canselor, Adun Jitra nekad menipu demi ‘mileage’ politik

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menafikan dakwaan mengenai kewujudan

kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) melalui ‘pintu belakang’, yang didakwa menjejaskan hak pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Pengerusi JKNCR UA, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya bertujuan mengelirukan masyarakat serta mencetuskan kontroversi.

Proses Kemasukan Telus

“Kenyataan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Haim Hilman Abdullah, menunjukkan kejahilan beliau terhadap proses kemasukan pelajar ke UA di Malaysia.

Lupa pernah jadi Naib Canselor, Adun Jitra nekad menipu demi 'mileage' politik

Proses pengambilan pelajar ke UA adalah telus, melalui sistem tapisan yang ketat serta mematuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Tiada ‘Pintu Belakang’

Mohd Ekhwan menjelaskan, kaedah ‘pintu belakang’ tidak pernah wujud dalam proses kemasukan ke UA.
“Pengambilan pelajar dibuat melalui kaedah ‘over and above’, iaitu kuota arus perdana dipenuhkan terlebih dahulu sebelum rayuan dibuka kepada calon lain. Tidak ada isu kuota pelajar miskin diambil untuk tujuan menjana pendapatan universiti,” katanya.

Dua Saluran Berbeza

Beliau turut menjelaskan terdapat dua saluran kemasukan ke UA:
Saluran Perdana – Disubsidi kerajaan dan memberi tumpuan kepada pelajar B40.
Saluran Komersial – Tanpa subsidi, terbuka kepada pelajar antarabangsa dan keluarga T20.

“Kutipan yuran daripada saluran komersial digunakan untuk membangunkan kemudahan universiti seperti pengajaran, pembelajaran, dan penginapan. Semua pelajar, termasuk dari saluran perdana, mendapat manfaat daripada kemudahan ini secara sama rata,” katanya.

Penafian Dakwaan

Mengaitkan saluran komersial dengan isu menafikan tempat pelajar B40, menurut Mohd Ekhwan, mencerminkan salah faham terhadap tujuan asal saluran tersebut.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Haim tidak memahami pelaksanaan saluran komersial, sedangkan ia sudah wujud di UUM ketika beliau memegang jawatan Naib Canselor.

Malaysia Sebagai Hab Pendidikan

Menjawab tuduhan terhadap pengambilan pelajar antarabangsa, Mohd Ekhwan menegaskan tuduhan itu adalah fitnah.

“Malaysia diiktiraf sebagai hab pendidikan tinggi yang menjadi pilihan pelajar antarabangsa.

Proses kemasukan tetap mengikut kriteria ketat, termasuk peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi melalui program dalaman universiti,” jelasnya.

Dakwaan Dr Haim Hilman sebelum ini dibuat dalam satu ceramah di Ayer Molek, Melaka, yang mengatakan bahawa kemasukan melalui ‘saluran terbuka’ menafikan hak pelajar daripada golongan miskin.

BACA: Keberanian lelaki bertangan kosong tangkap ular sawa panjang 3 meter raih perhatian

1 thought on “Lupa pernah jadi Naib Canselor, Adun Jitra nekad menipu demi ‘mileage’ politik”

Leave a Comment