“Luluh hatiku yang sarat anak kedua bila terbaca mesej yang suami kirimkan pada perempuan berpurdah dan bertudung labuh, padahal dalam FB penuh status agama”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Aku janda anak satu. 2 tahun aku menjanda, akhirnya aku berkahwin dengan seorang lelaki bandar yang bekerjaya elok. Dia juga duda tapi tak punya anak.

Aku juga seorang yang bekerjaya, ada bisness sendiri bahkan sering di rumah untuk memastikan masa aku lebih tertumpu untuk anak-anak dan suami.

Pada awal perkahwinan kami , aku meragui suami kerana dengar kata-kata orang terdekat dan dalam masa yang sama

"Luluh hatiku yang sarat anak kedua bila terbaca mesej yang suami kirimkan pada perempuan berpurdah dan bertudung labuh, padahal dalam FB penuh status agama"

Aku juga masih berhubung dengan seorang kekasih aku yang dulu hanya melalui whatsapp.

Tapi kami hanya berhubung sekejap sahaja selepas diketahui oleh suami, aku berhenti. Namun melihat sikap suamiku seperti acuh tak acuh , aku berhubung dengan kawannya melalui whatsapp hanya untuk ambil tahu kisah dia bersama isterinya yang dahulu dan tak pernah berjumpa. Namun sekali lagi suami dapat tahu dan aku berhenti berhubung dengan kawannya.

Masa ni bukan cuma kerana layanan acuh tak acuhnya, tetapi suami aku juga berhubung dengan wanita lain melalui whatsapp semasa di tempat kerjanya. Aku bukanlah isteri yang suka check hp suami. Setiap hari ada saja wanita yang bagitahu yang suamiku berwhatsapp, mesej dan sebagainya dengan mereka. Tak kiralah janda, dara semuanya ada.

Kini bertahun sudah berlalu, suamiku sudah naik pangkat dan mampu membelikan kami sebuah kereta, rumah dan motor baru. Ya, memang dia suami yang baik, bab nafkah tak pernah culas sebab itu aku tak pernah meraguinya tetapi ada satu malam aku tak mampu nak lelapkan mata kerana sikap dia sangat berbeza sejak sebulan ini. Dia balik lewat, overtime katanya dan sebagainya urusan kerja.

Aku cuba pasang pendua whatsapp. Selesai sarapan dan semuanya, dia masuk ke kereta dan duduk seketika seperti sebulan ini yang dia lakukan, merenung telefonya.

Aku cuba buka whatsapp pendua. Allah luluh hati aku seorang isteri yang sedang mengandungkan anak ke dua kami membaca mesej yang dia kirimkan pada perempuan BERPURDAH DAN BERTUDUNG LABUH itu. Dalam Facebook perempuan tu penuh dengan STATUS AGAMA.

Allah.. itukah suami yang aku kata sangat baik dan jadi pujian sahabat-sahabatnya dan kawan sekeliling aku? Hari itu juga aku minta dia lepaskan aku. Dia pernah kutuk aku macam-macam kerana masa lalu aku. Yaa aku terima sebab itu salah aku tetapi mengapa di saat aku telah berubah dan sayang pada dia, aku diperlakukan begitu?

Kisah itu tak berhenti di situ, sambungannya bila mana dia bagitahu dia ada kerja di pedalaman dan aku percaya bulat-bulat dan sangat berharap dia berubah.

Tetapi Allah tunjuk sekali lagi kecurangan suami aku, SAHABAT AKU JUMPA SUAMI AKU BAYARKAN TIKET WAYANG DI KUANTER BERSAMA WANITA BERPURDAH. ALLAHURABBI aku ditipu lagi dan lagi. masa ini aku menunggu hari untuk bersalin. mana pergi ehsan kamu wahai lelaki?

Sehingga kini aku cuma menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri sekikhlas mungkin. Untuk kembali percaya, maaf aku tidak mampu memaksa hati untuk kembali percaya. Walaupun terkadang aku anggap dia hanya nak membalas dendam. Tapi tidak mungkin membalas dendam itu dengan ada berpuluh wanita dalam hidupnya.

Berkali-kali aku berbincang tentang perceraian, dia tetap tidak mahu melepaskan aku. Hingga saat Allah tetapkan dia bukan jadi jdoh aku, aku REDHA. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kita.

BACA: Terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang, hampir 1000 polis Filipina dipecat, Malaysia bila lagi?