Lompat melompat makin dihargai dalam kerajaan PN – MT Umno

Lompat melompat makin dihargai dalam kerajaan PN – MT Umno

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui kurang jelas parti mana yang benar-benar memerintah pada masa ini.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu juga berpendapat sikap pemimpin yang melompat parti pula semakin dihargai.

Menurutnya, berbeza dengan situasi politik sebelum ini kedudukan dalam parti memerintah menentukan kedudukan seorang ahli politik itu dalam kerajaan.

“Dulu politik kita agak mudah diramal. Kedudukan dalam parti memerintah menentukan kedudukannya dalam kerajaan.

“Sekarang kurang jelas parti mana yang benar-benar memerintah. Kiblat kesetiaan berubah-ubah.

“Lompat melompat semakin dihargai,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Shabery turut mengaitkan situasi kerajaan pada masa ini dengan permainan dam ular, “snakes and ladders”.

Menurutnya, permainan itu pernah satu masa dahulu di United Kingdom dikaitkan dengan nasib ahli-ahli politik di negara tersebut.

“Apakah kita juga akan memasuki era dam ular atau “snakes and ladders”?

“Setiap hari ada percaturan baru. Ada langkah baru. Nasib baik terkena anak tangga dan terus melangkah naik.

“Kalau terkena mulut ular terus melongsor ke bawah. Berjalan lagi dan mengharapkan nasib baru. Dadu jadi penentu,” ujarnya lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/shabery-kurang-jelas-parti-mana-yang-memerintah/

COMMENTS