Pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), temui banyak kotoran tikus dan lipas
Di dapur dan tempat penyimpanan makanan ketiga warung tersebut.
Selain itu, peralatan untuk menjernihkan minyak pun ditemukan rosak dan tidak berfungsi dengan baik.
Lebih parah lagi, ada beberapa warung yang membiarkan pelanggannya merokok di dalam restoran.
Keputusan penutupan ini diambil oleh MBPP sebagai bentuk tindakan tegas untuk melindungi kesihatan masyarakat
Dan memastikan semua restoran di Pulau Pinang memenuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan.
Selain penutupan, MBPP juga berikan 13 notis tawaran kompaun kepada beberapa restoran berdasarkan pelbagai kesalahan.
Pelanggaran-pelanggaran tersebut antara lain iklan tanpa lesen, tidak menjalani pemeriksaan doktor, tidak mengambil langkah-langkah sesuai
untuk elak makanan tercemar, meletak makanan mentah kurang 20cm daripada paras lantai dan menggunakan bungkusan tidak bersih atau bercetak untuk membungkus makanan.
MBPP menegaskan bahawa mereka akan terus melakukan inspection secara rutin ke semua restoran untuk memastikan bahawa semua tempat makan di Pulau Pinang aman dan bersih.
Mereka juga mengingatkan kepada semua pemilik restoran untuk selalu menjaga kebersihan agar tidak merugikan pengguna.
BACA: