Jika dahulu, radio adalah salah satu cara untuk temani diri yang sibuk memandu ke tempat kerja, segmen juga lebih menarik.
Kini, segmen di radio adalah lebih kepada mengenakan orang ramai, malah cara percakapan juga sudah tidak berlapik.
Ditambah pula dengan penyampai radio sekarang adalah pelawak mahupun pelakon yang sudah tidak mendapat tawaran dalam bidang mereka.
Disebabkan ini, penyampai radio yang pernah terkenal satu ketika dahulu, Linda Onn merasa kesal dengan sikap penyampai baru yang ambil mudah hal adab dan etika.
Dalam satu temu buat program hiburan, Linda menegaskan pihak atasan perlu mengajar penyampai radio baru tentang etika ketika bersiaran.
“Saya sangat menitikberatkan cara penyampaian baharu. Dari sudut etika mereka bersiaran sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan cukup daripada pihak atasan seperti penyelia atau pengurus program.
“Cara percakapan mereka itu main lepas, dan tidak pihak yang akan mengawal. Saya tidak kata semua penyampai begitu, tetapi ada segelintir yang berbuat demikian,” katanya.
Jelasnya, adab dan etika di radio amatlah penting untuk memastikan pendengar kekal bersama radio tersebut.
“Saya tidak mengatakan kecewa dengan cara penyampai mereka itu kerana cara kita dulu lain, sekarang lain.
“Cuma adab dan etika di radio itu perlu dijaga tidak mengira sama ada zaman sekarang atau dahulu, supaya pendengar tahu adab sebagai penyampai radio itu bagaimana,” jelasnya.
Sudah tidak terikat dengan mana-mana radio, Linda mengakui sibuk menguruskan akaun TikTok, Onns FM.
“Bukan kata tidak boleh melupakan atau tidak. Berhenti mahupun tidak boleh berhenti kerana perkara itu sudah ada dalam diri saya.
“Tetapi buat masa sekarang belum ada ruang untuk saya kembali ke radio. Akan datang siapa tahu akan dipanggil balik.
“Jadi buat masa sekarang, saya buat radio sendiri saja,” tambahnya.
Baca juga: Wanita kecewa juruwang salah ‘key-in’ barang tak nak pulangkan duit