Letak palang pada salinan IC: ‘Baru tahu, selama ni kita salah potong’

Oleh MHDAILY

Letak palang pada salinan IC: ‘Baru tahu, selama ni kita salah potong’. Normal bagi kita untuk buat apa-apa sahaja urusan berkaitan dengan kerja,bank dan sebagainya kita akan diminta untuk serahkan kad pengenalan. Walau bagaimanapun, tindakan memberikan salinan kad pengenalan kita kepada pihak ketiga seolah-olah membuka pintu untuk melakukan tirisan terhadap maklumat peribadi.

Oleh itu terdapat beberapa bahagian pada kad pengenalan (MyKad, MyKid, MyPr dan MyKAS) yang wajar diletakkan palang sebelum menyerahkan salinan kepada pihak ketiga.

Kini, semakin banyak kes maklumat pemilik kad pengenalan ditiris dan ditokok tambah oleh penjual kad pengenalan palsu untuk dijual kepada pembelinya.

Pertama, nombor kad pengenalan merupakan satu maklumat peribadi bagi setiap rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, nombor identifikasi ini bersifat unik dan tidak boleh dimiliki oleh dua orang pada masa yang sama.

Dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan, kita boleh mengetahui beberapa maklumat sulit seperti julat pendapatan isi rumah, maklumat pengundi dan lain-lain.

Letak palang pada salinan IC: 'Baru tahu, selama ni kita salah potong'

Jika maklumat ini jatuh di tangan manusia yang tidak bertanggungjawab, maklumat ini boleh dijual, dimanipulasi mahupun ada sindiket yang menggunakan data peribadi kita untuk tujuan penyamaran.

Cara yang tepat ini telah dinyatakan oleh Dr Mohd Razip bin Jantan, Penolong Persuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Beliau mengatakan bahawa bahagian yang wajar diletakkan palang adalah bahagian yang mengandingi maklumat peribadi anda. Sebagai contoh, empat digit terakhir pada nombor kad pengenalan anda.

Selain itu, beliau turut menekankan agar bahagian muka pada kad pengenalan juga perlu diletakkan palang. Perkara ini menjadi satu kejutan kerana selama ini kita tidak pernah debritahu untuk berbuat demikian.

Dr. Mohd Razip bin Jantan menerangkan justifikasi untuk meletakkan palang pada muka ini adalah untuk mengelakkan wajah pemilik kad pengenalan tersebut untuk dimanipulasi oleh pihak penjual kad pengenalan tiruan.

@faizalsj #politikmalaysia #menterimalaysia #pru15 ♬ original sound – faizalsj

BACA:

Nik Amar puas hati rakyat Kelantan lagi bahagia dari Selangor

Netflix bakal tutup syarikat? Berjuta pelanggan lari..

Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?