Lepas nasi kandar, Maybank pula di’claim’ milik Indonesia

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Dalam dunia perniagaan, ramai pengguna tidak lagi peduli tentang asal-usul sesebuah jenama,

sama ada ia berasal dari Malaysia atau negara lain, asalkan ia memenuhi keperluan harian mereka.

Ini juga berlaku pada produk seperti batik, yang sering menjadi perdebatan antara Malaysia dan Indonesia.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenama Malaysia yang sangat popular di Indonesia hingga berjaya menakluk pasaran di sana?

Menurut Jembar Digital, jenama-jenama ini sering dianggap sebagai jenama tempatan oleh rakyat Indonesia.

Lepas nasi kandar, Maybank pula di'claim' milik Indonesia

Antara jenama tersebut ialah Maybank, salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia. Di Indonesia, kehadiran Maybank begitu besar sehingga ada yang menganggap ia milik Indonesia.

Selain itu, jenama Fipper, sebuah syarikat selipar yang terkenal dengan reka bentuk minimalis dan menarik, juga menjadi perhatian.

Namun, kebanyakan rakyat Indonesia menyangka bahawa jenama ini berasal dari Thailand kerana sandal ini telah menguasai pusat beli-belah terkemuka di sana.

Realitinya, Fipper adalah jenama yang berasal dari Malaysia dan telah menembusi pasaran dengan mudah, terutamanya di kalangan golongan muda yang mengutamakan keselesaan dan gaya kasual.

Ketiga, terdapat AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah yang bukan sahaja berjaya menakluk pasaran ASEAN tetapi juga diakui sebagai salah satu jenama tambang murah terbaik di dunia.

Syarikat penerbangan ini telah lama menjadi pilihan utama di Malaysia dan juga di Indonesia. Dengan promosi tiket tambang murah yang sentiasa dinantikan, AirAsia sering disalah anggap sebagai syarikat penerbangan Indonesia oleh segelintir rakyat negara jiran.

Untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran Indonesia, CEO AirAsia, Tony Fernandes, baru-baru ini memutuskan untuk membuka ibu pejabat di Jakarta, membuktikan betapa pentingnya pasaran Indonesia bagi AirAsia.

BACA: ‘Saya nampak memang kena bedal dengan saya je, wife saya kantoi curang dengan abang ipar sendiri’