Lepas jawatan GLC jika mahu keluar PN, Bersatu P.Pinang tegur Umno

Oleh MHDAILY

Semua pimpinan Umno Pulau Pinang disarankan supaya segera melepaskan semua jawatan dalam GLC jika mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu sepertimana yang dizahirkan oleh Pengerusi Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Bendahari Bersatu Pulau Pinang, Huzair Osman berkata, sekiranya pimpinan Umno Pulau Pinang yang telah pun mendapat pelbagai jawatan dalam GLC negeri ingin memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka mereka mesti segera melepaskan kesemua jawatan yang telah dipegang dalam GLC Pulau Pinang.

โ€œJika pimpinan Umno tersebut mempunyai maruah, mereka harus segera melepaskan kesemua jawatan GLC negeri ini yang telah diberikan kepada mereka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œWalaupun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan tetapi telah ada usul dan Pengerusi Umno Pulau Pinang telah pun menyatakan usul tersebut tidak boleh diketepikan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan mereka,โ€ katanya kepada Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, Huzair yang juga Ketua Bersatu Bahagian Bagan berkata jalan terbaik bagi semua pimpinan Umno di Pulau Pinang ialah melepaskan segera jawatan yang mereka pegang dalam GLC Pulau Pinang secepat mungkin. –MD