Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh media sosial, Andika Putera, yang sering menjadi perhatian ramai
kerana cita-citanya yang tinggi dan keinginannya untuk tampil berbeza daripada orang lain.
Terbaru, Andika sekali lagi menarik perhatian apabila mengumumkan bahawa beliau telah menubuhkan sebuah komuniti yang dinamakan ‘Old Money’.
Melalui perkongsian di TikTok, Andika, atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera,
Beliau memuat naik video dirinya berjalan di ibu kota bersama tiga ahli lain dari komuniti tersebut.
Menurut Andika, komuniti yang baru ditubuhkan itu telah berjaya menarik minat lebih 300 orang yang kini sudah mendaftar sebagai ahli.
“Baru sahaja saya tubuhkan komuniti ‘Old Money’, tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang menyertai, dah lebih 300 ahli,” kata Andika.
Hantaran yang dimuat naik Andika itu menjadi tular, meraih lebih 800,000 tontonan dan lebih 18,000 tanda suka.
Di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen, yang kebanyakannya mempertikaikan penubuhan komuniti ini.
“Geng ‘old money’ ini berasal dari kekayaan generasi, sekian.”
“‘Old money’ penampilannya adalah natural dan mempunyai aura kekayaan, bukan dibuat-buat.”
“Orang pandang bukan sebab ‘Wow, old money’, tapi sebab ‘Apa benda ni?’. ”
“Bang, ‘Old money’ itu orang yang ada jet peribadi dan rumah agam sendiri. Kau salah bang.”
BACA: Confirm 6 angka jika simpan sebanyak jumlah ini diusia 35 tahun dalam KWSP
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio