‘Lepas aku pandang rendah pada keluarga suami, semuanya berubah, keluarga yang aku banggakan jadi miskin, mertuaku pula yang kaya’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Assalamu’alaikum.. Perkongsian ni macam tak lah best sangat tapi ada jugalah cerita yang nak dikongsi jika suka baca.

Teringat masa baru kahwin dulu. Aku kahwin agak muda, lepas STPM. Dengan kenalan sama kerja di kedai.

Perkahwinan kami sederhana hanya di beIah perempuan, duit hantaran juga rendah sebab ikut kemampuan dia.

Keluarga aku ada yang berbunyi sebab isu ni. Aku terima je, mungkin sebab dah tersuka tengok dia rajin dan pandai ambil hati.

Rupanya dia anak orang susah. Rumah jauh di kampung yang dekat Taman Negara. Dia anak sulung yang ada 10 lagi adik di bawahnya.

'Lepas aku pandang rendah pada keluarga suami, semuanya berubah, keluarga yang aku banggakan jadi miskin, mertuaku pula yang kaya'

Dia tak sambung belajar bukan sebab tak pandai tapi masalah kewangan sebab adik yang lain masih belajar dengan ayah kerja tukang.

Apa yang nak dikisahkan begini, aku ni bukanlah orang senang juga, ibu bapa berniaga kecilan. Alhamdulillah ada rumah sendiri selepas lama mereka menyewa di waktu aku kecil. Ibu aku ni sangat rajin, bukan sahaja pandai memasak tapi menghias rumah.

Langsir dan alas meja dijahit sendiri, barang dapur dibeli yang terbaik sebab tempat utama dalam rumah adalah dapur.

Bila masuk rumah keluarga suami, aku sangat terk3jut, masih ada orang duduk rumah kampung lantai jarang, tingkap ada berlubang cermin, atap bocor, bilik air guna air kolah besar yang selipar pun ada terapung, belum lagi tengok dasarnya yang hitam.

Waktu mula duduk rumah tu. Aku agak tak selesa, sebab aku rasa kotor. Dia masak air guna dapur kayu ambil air kolah. Paip air JBA ada tapi sistem dia kena guna kolah. Tak tahu kenapa, nak basuh ber4k pun tak ada getah paip cebok guna gayung di kolah.

Nak basuh ikan ayam kena turun ke bilik air… Kenapalah tak ada sinki di rumah. Ayahnya tukang rumah kan. Rupanya ayahnya sangat kedekut dengan keluarga. Bukannya tak mampu. Dia beli beras cap paling murah, yang w4rna gelap dan ada serpih batu halus tu.

Masak atas dapur api yang kena kecilkan api. Macam zaman nenek moyang kita. Berbezalah dengan keluarga aku yang sangat utamakan benda makan, makan cari beras paling sedap. Pinggan pun guna jenama yang beli di Langkawi.

Langsir rumah dia pun sangkut macam tu ja tak betul lekat, lain jenis pula sebab pemberian orang. Meja makan tak ada, makan duduk atas tikar. Tapi selepas beberapa tahun, selepas adiknya dah ramai yang habis belajar, kerja dan kahwin. Rumah tu dah bertukar w4rna.

Dibelinya langsir baru sedangkan keluarga aku tak tukar dah langsir bertahun. Oh, ditakdirkan perniagaan keluarga aku tutup, pendapatan dah kecil. Aku pula tidak juga kaya nak membeli ikut suka. Kemudian mereka mampu beli makanan yang mahal, dapur dah ada mocrowave, air penapis, yang rumah mak aku pun tak ada.

Kemudian mereka besarkan rumah. Tambah bilik dan dapur batu, juga bilik air lebih besar bermozek dan ada cucur air panas. Rumah mak pun lepas daripada aku kahwin tak pernah dibesarkan dan barang yang ada tak berganti. M4kin usang berhabuk, seakan bertukar keadaan.

Masih guna peti sejuk dan mesin basuh lama yang dulu aku banggakan bila kami suami isteri balik ke rumah mak aku sebab aku penat kalau balik rumah dia di waktu tu. Dulu dalam peti sejuk dia lipas pun ada sebab agak kurang pembersih.

Kini mereka dah beli peti sejuk yang besar, mesin basuh auto. Kisahnya dulu mereka tak mahu guna yang auto sebab tak ada dibilas manual. Kini bila dah berduit dan nak cepat, mereka lebih terbuka. Kini peti sejuk rumah mak pula rosak, tak ada duit lagi nak tukar baru.

Mereka juga dah beli set pinggan mahal, meja makan besar sebab keluarga besar. Dulu aku perasan keluarga aku dah cukup selesa jika dibanding dengan mereka yang agak miskin. Tak lama, kini aku lihat bagaikan terbalik pula sebab keluarga aku lebih miskin daripada keluarganya pula bab yang aku nilai tu.

Namun alhamdulillah, dulu ibu bapa aku kurang penghayatan agama kini bapa aku ahli masjid. Berbeza ayahnya yang dulu ahli masjid entah kenapa ada isu jawatan dah tak mahu pergi masjid. Nak kata bila kaya lupa Allah atau bila miskin ingat Allah, tak boleh juga.

Begitulah apa yang aku nampak dan lalui. Aku nampak ada satu keadaan di mana manusia boleh berubah. Baik yang miskin jadi kaya, yang kaya jadi miskin. Yang baik jadi jahat yang jahat jadi baik. Yang b0doh jadi pandai yang pandai jadi baik.

Jadi, aku insafi diri jangan rasa bangga dengan kelebihan kerana jika diuji dengan kekurangan, apa rasanya. Apapun, aku tetap mendoakan yang terbaik untuk semua. Aku bersyukur dengan rezeki yang ada. Aku percaya banyak lagi keajaiban tentang kehidupan ini jika Allah tunjuk. Seperti pertukaran siang dan malam. Panas dan hujan, salji. Dan akhirnya hidup ke m4ti.

Semoga hidup ini sentiasa dalam petunjukNya, mendapat rezeki yang berkat. Tiada cemburu malah turut gembira dengan kejayaan orang lain. Serta baik hati saling membantu berkasih sayang. Doakan aku mampu berzakat, berinfak, pergi umrah haji, walaupun tak ada set pinggan mahal.

Sekarang aku ni ikut je makan minum guna yang beli di kedai eco. Tak tahulah apa perasaan tetamu jika dihidang guna pinggan murah, sebab dulu aku hairan kenapa keluarga dia guna pinggan cawan plastik lusuh. Jangan lah masalah aku ni dilalui oleh anak aku.

Sedih bila aku rasa diri lebih teruk daripada emak aku, yang membesarkan aku dengan sempurna. Maaf dengan kisah yang aku bawa ni, mungkin ada yang mahu merenung. Terima kasih. – HitamPutih (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

NurElla Ariffin Sam : Simple kisah ini dan terus menusuk di hati. Pengajaran terbaik untuk kita semua. Benar, yang berlaku semua atas izin dan ketentuannya, tapi Allah lah sahaja yang tahu sebenar yang tersirat dalam hati h4mba – h4mbaNya.

Jangan memandang rendah pada insan lain walau apa pun situasinya. Sentiasalah bersangka baik dan terima seada dan seikhlasnya. Allah tidak akn mengubah nasib kita melainkan kita berusaha gigih dan tawakkal.

Rozita Mohd : Bagus je refleksi macam ni. Ada orang berubah lebik baik. Ada jadi lebih sombong. Ada jadi sedih bila musibah melanda. Normal la tu. Sabar apa yang takde. Syukur apa yang ada.

Semalam pergi family Mart. Tengok perempuan ni cantik. Sekali tengok takde tangan sebeIah kiri. Terus insaf. Fizikal takde kurang pun tapi susah juga nak bersyukur dan berfikiran positif.

BACA: Dipersoal atlet renang SUKMA tak patuh syariah, Exco T’ganu jawab diluar pengetahuan kami