Leona seksi melampau , ‘Saya dulu lagi teruk’ – Azhar Sulaiman. Gempar baru baru ini, Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan kesyukuran dikurniakan anak gadis seperti Kasih Iris Leona meskipun dia suka berpakaian seksi.
Menerusi ciapan yang dikongsikan di Instagram, Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami mengatakan dia sudah melarang anaknya berpakaian seksi tapi tetap tidak dipedulikan.
Azhar Sulaiman yang berusia 51 tahun berkata, setiap keluarga pastinya akan berdepan dengan pelbagai masalah anak-anak mereka dan dia juga tidak terlepas daripada menerima dugaan hidup.
Azhar berkata beliau bersyukur kerana anaknya hanya ‘seksi’ sahaja dan tidak menyusahkannya dengan perkara lain yang memeningkan.
Azhar berkata, zaman mudanya mungkin lagi teruk jika hendak dibandingkan dengan anak gadisnya berusia 20 tahun itu selain mengatakan perilaku Leona seolah-olah menggambarkan apa yang dilakukannya semasa bujang dulu.
“Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk.
“Saya reda dan saya harap saya boleh jaga keluarga saya dengan baik,” katanya.
Terdahulu, penampilan Leona seakan-akan berkemban dengan warna rambut barunya menjadi perhatian sehingga menerima kritikan.
Sumber: Instagram @azharbsulaiman
BACA:
Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab