Lelaki terkejut ada hutang RM30K atas namanya, rupanya ini yang terjadi buat dia terdiam

Oleh FAHMI ABBAS

Alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila mendapati terdapat tunggakan hutang melebihi RM30,000 di atas namanya walaupun tidak membuat sebarang pinjaman.

Rupa-rupanya, nama lelaki berkenaan telah dipinjam oleh ibu bapanya sendiri ketika mendaftar skim pembiayaan perniagaan bergerak dengan sebuah agensi kerajaan.

Walaupun pendaftaran atas namanya itu dibenarkan olehnya, namun dia tidak menyangka ibu bapanya enggan melunaskan pembiayaan ‘food truck’ yang telah dibeli.

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapanya tergamak mengambil pendekatan lepas tangan dan membiarkan anak lelakinya menanggung beban pinjaman itu sendirian.

“Rupa-rupanya, setiap bulan mereka tidak membayar kepada agensi itu seperti yang mereka janjikan. Saya baru dapat tahu ada tunggakan hutang melebihi RM30,000.

Lelaki terkejut ada hutang RM30K atas namanya, rupanya ini yang terjadi buat dia terdiam

“SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atas nama saya. Food truck juga atas nama saya. Sudahlah mereka tak nak bayar hutang, Lesen Kenderaan Motor (LKM) juga mereka tak hidupkan.

“Tak tahulah nak buat apa dengan mak ayah saya. Sekarang ini mereka suruh saya pula yang bayar hutang dengan agensi itu,” kongsi pengadu tanpa mendedahkan identitinya.

Mengulas lanjut, lelaki itu mengakui membenarkan namanya dipinjam berikutan rasa kasihan memandangkan ibu bapanya itu sudah jatuh muflis kerana sering berhutang.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga dengan berbesar hati tidak mengambil sebarang keuntungan yang diperolehi sepanjang perniagaan ‘food truck’ berkenaan beroperasi.

“Mak ayah saya banyak berhutang sehingga nama mereka disenarai hitamkan dan jatuh muflis. Selepas itu, orang tua saya menggunakan nama anak-anak pula untuk berhutang. Termasuk nama saya.

“Niat saya baik sebab kasihan dengan orang tua. Sekarang ini masalah hutang pula timbul. Food truck itu didaftarkan atas nama saya, berniat supaya mak ayah boleh guna untuk berniaga.

“Selama ini keuntungan jualan bertahun-tahun lamanya tak pernah saya minta atau dapat satu sen pun sebab kasihankan mereka. Rupa-rupanya di belakang saya jadi macam ini,” kesalnya.

Perkongsian dibuat oleh lelaki itu di laman kumpulan Facebook, Tanya Peguam untuk bertanyakan tindakan yang patut diambilnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Baca juga: Alifah tinggalkan kerjaya perakaunan jadi tukang kayu ini sebabnya