Lelaki pun tak selamat sekarang, pemuda kongsi detik cemas punggung diraba sesama jenis
Viral di media sosial TikTok baru-baru ini satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Haikal Aiman
Beliau yang berkongsi pengalaman hitam yang dilaluinya telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Aiman menceritakan bagaimana dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh golongan sesama jenis di dalam tandas stesen MRT Sungai Buloh.
Menurutnya, sebelum memasuki tandas tersebut dia sudah perasan seorang lelaki sedang berdiri di luar tandas dan mengikutinya sejurus dia masuk dalam tandas.
Masih tidak mengesyaki apa-apa, dia kemudiannya pergi ke singki untuk membasuh tangan namun lelaki itu turut berada di situ dan cuba untuk berkata sesuatu.
@iamhaikalaiman I have never felt disgusted until today, feel like crying and im still shaking. #fyp #foryou #foryoupage #fypage #xyzbca #ootd ♬ som original – ★
Sebaik sahaja habis berbual, lelaki berwarganegara Bangladesh itu mula tersenyum dan secara tiba-tiba bergerak ke belakang badan dan bertindak menyentuh punggungnya.
Very nice..
Gara-gara terlalu terkejut dengan kejadian tersebut, Aiman hanya terkaku dan tidak dapat berbuat apa-apa namun dia memaklumkan sudah membuat laporan polis.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa bimbang dan mendoakan agar dia dapat pulih dari trauma tersebut.
BACA: 4 kilang kicap dan sos terkenal kantoi guna ‘najis tikus’ dalam makanan?