Setiap pasangan yang membina rumah tangga pasti menghadapi ujian yang berbeza-beza. Namun, Allah menguji setiap insan mengikut kemampuan mereka.
Baru-baru ini, seorang suami berkongsi pengalaman pahit yang menimpa dirinya dan isteri semasa berada di hospital.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki bernama Aizat menceritakan bagaimana
Dia menemani isterinya yang sedang hamil untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital
Malangnya, kejadian tak diingini berlaku apabila motosikal mereka dicuri.
“Dari Subang ke Selayang naik motor untuk follow-up jantung isteri yang tengah mengandung. Keluar dari hospital, motor dah hilang. Kena curi.
Kami reda dengan ujian ini. Mungkin bila zuriat kecil ini lahir, rezeki kami akan lebih meluas,”** luah Aizat dalam perkongsiannya.
Netizen Simpati dan Berkongsi Pengalaman Serupa
Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi simpati daripada netizen terhadap ujian yang dihadapi pasangan tersebut.
Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa, apabila motosikal mereka turut hilang dicuri di kawasan hospital. Kejadian seperti ini memberi peringatan kepada ramai agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan tambahan ketika meletakkan kenderaan di tempat awam.
Semoga pasangan ini terus tabah menghadapi ujian dan diberikan rezeki yang melimpah di masa hadapan.
BACA: ‘Kerana mak, nenek anggap aku beban dan menyusahkan, mak serah semua beban jaga 16 adik pada aku’