“Lelaki Melayu pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun kalah”, Insp Sheila melting tengok Iqbal

Oleh ANITA ABD RAHMAN

“Lelaki Melayu pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun kalah”, Insp Sheila melting tengok Iqbal

Tidak lama dulu, pempengaruh dan usahawan Iqbal Zulkefli pernah menarik perhatian ramai

apabila dia memaklumkan ingin mengenali pegawai polis wanita, Inspektor Sheila dengan lebih dekat.

"Lelaki Melayu pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun kalah", Insp Sheila melting tengok Iqbal

Terbaharu, pegawai polis yang pernah tular dengan beberapa video kontroversi itu memuji Iqbal yang memuat naik beberapa gambar mengenakan pakaian tradisional India di Facebook.

Menerusi hantaran Sheila atau nama sebenarnya S.K. Sheila Sharon, dia akui terkejut melihat kekacakan Iqbal memakai busana berkenaan.

“Awak nampak sangat handsome dalam pakaian tradisional India! Awak kelihatan seperti seorang raja.

“Lelaki Melayu kalau pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun boleh kalah. Apapun, awak dah boleh berlakon dalam filem Tamil dengan saya, jom,” katanya.

Dalam pada itu, Sheila turut meluahkan rasa kagum apabila Iqbal menulis namanya dalam bahasa Tamil dalam ruangan kapsyen di akaun usahawan itu.

“Manisnya awak, tulis namamu ‘Ahmad Iqbal Zulkefli’ dalam bahasa Tamil?! Terima kasih kerana menghargai bahasa, tradisi dan budaya Tamil.

“Saya nak beritahu yang awak telah membuatkan saya sangat kagum,” katanya lagi.

BACA: “Anak sulung janji nak bantu aku, tak sangka dia nak kahwin cepat, aku menangis dimalukan besan depan orang ramai”