Lelaki maut dicakar kucing peliharaan

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang lelaki di Russia dilaporkan meninggal dunia selepas dicakar oleh kucing peliharaannya

ketika cuba menghalang haiwan itu daripada melarikan diri dari rumah.

Kejadian itu berlaku di Kirishsky, wilayah Leningrad, pada 22 November lalu, lapor The Sun UK.

Mangsa, Dmitry Ukhin, 55, membawa pulang kucing peliharaannya yang bernama Styopka setelah haiwan tersebut melarikan diri selama dua hari

Namun, insiden tragis berlaku apabila Styopka tiba-tiba mengamuk dan mencakar kaki Ukhin.

Lelaki maut dicakar kucing peliharaan

Menurut kenyataan polis, “Ukhin kehilangan banyak darah akibat cakaran tersebut dan gagal menghentikan pendarahan kerana tubuhnya yang lemah akibat penyakit kencing manis.”

Keadaan bertambah buruk apabila Ukhin tinggal sendirian di rumah semasa kejadian. Dalam keadaan terdesak, beliau terpaksa menghubungi jiran untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, Ukhin disahkan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik sempat tiba di lokasi.

Nasib kucing berwarna oren itu masih tidak diketahui, sementara pakar forensik sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian Ukhin.

BACA: Tular gelagat selamatkan RXZ lebih pada nyawa sendiri undang sindiran netizen