Lelaki kantoi curi seluar dalam wanita, kena penjara 24 bulan

Oleh MHDAILY

Lelaki kantoi curi seluar dalam wanita, kena penjara 24 bulan. Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita, minggu lalu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, duda berkenaan didakwa mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal, di sini, pada 1.39 pagi, 11 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh mencuri pakaian dalam wanita menggunakan sebatang kayu di beranda belakang rumah mangsa.

Tertuduh kemudian ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita berada dalam simpanan tertuduh.

Lelaki kantoi curi seluar dalam wanita, kena penjara 24 bulan

Ketika rayuan, peguam Nabila Norsahar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Nabila memaklumkan tertuduh sudah bercerai dan mempunyai dua anak selain tidak bekerja.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basiri memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab terhadap wanita.

“Kes ini membabitkan kepentingan awam khususnya wanita. Semasa ditahan tertuduh didapati memakai seluar dalam wanita itu.

“Tertuduh juga mengaku bahawa dia berada dalam keadaan sedar dan waras ketika melakukan jenayah itu untuk memuaskan nafsunya,” katanya.

BACA:

‘Ini dah next level tahap kayangan ni’ – Kakak Aliff Syukri sambut bevday anak

Tragis..mayat dua anak kecil ditemui dalam beg bagasi yang dilelong

Sekali Che Ta mencarut dekat komen portal berita terkenal, ‘macam hanjiing!’