Lelaki kahwin dengan kambing undang kecaman orang ramai

Oleh MHDAILY

Lelaki kahwin dengan kambing undang kecaman orang ramai. Seorang lelaki di Kabupaten Gresik, Jawa Timur sanggup mengaku kononnya bernikah dengan kambing biri-biri betina, semata-mata demi kandungan media sosial.

Lapor Tribunnews, Saiful Arif, 44, mengaku kandungan seperti itu dibuat demi meraih banyak tanda suka dan pengguna media sosial melihat videonya.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan TikTok.

Saiful yang dikenali sebagai Satrio Paningit membuat pengakuan bernikah dengan binatang itu di Ki Ageng, Desa Jogodalu, Benjeng, Gresik.

“Kandungan itu tidak bermaksud menyinggung agama. Ia sekadar hiburan semata-mata.

Lelaki kahwin dengan kambing undang kecaman orang ramai

“Saya secara peribadi memohon maaf kerana tidak bermaksud menghina agama dan mengganggu budaya,” katanya.

BACA:

Tular MK kahwin dengan anak hartawan terkenal

Pakar perjelas jenis ron petrol yang sesuai ikut model kereta

Kena ‘prank’ dengan catering tak sampai-sampai, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri

Leave a Comment