Lelaki ini pelik warga asing ini suka sangat minum milo waktu rehat, makan pun tak, rupanya ada kisah sedih disebalik air milo
Buat sebahagian besar daripada kita, air Milo ataupun minuman bercoklat kemanisan itu mungkin hanyalah seperti minuman kebiasaan yang lain
Kecuali rasanya yang lebih sedikit pekat dan menjadi sedikit luar biasa jika dihidangkan dengan gaya ‘Milo Dinosaur’ atau ‘Milo Tabur’.
Namun buat pekerja asing di sebuah kilang ini, air Milo yang sinonim sebagai minuman menghilangkan dahaga sepanjang hari masyarakat di negara kita menjadi peringatan yang sangat bermakna buat dirinya.
Kisah syahdu pekerja asing daripada Myanmar dan air Milo itu baru-baru ini diceritakan oleh salah seorang pekerja tempatan di kilang mereka bekerja melalui satu perkongsian di Twitter.
Menurutnya, beliau akan selalu melihat pekerja asing itu akan bersama air Milo setibanya waktu rehat untuk setiap hari di kilang tempat mereka bekerja.
Bermula daripada pemerhatiannya itu, beliau kemudiannya makin tertanya-tanya kenapa pekerja asing tersebut sangat menggemari air Milo sehingga tidak berminat untuk menikmati makanan atau minuman lain.
Sehinggalah pada satu hari, rakan kepada pekerja asing tersebut menceritakan kisah sebenar mengapa lelaki tersebut sangat meminati dan obses dengan minuman bercoklat tersebut.
“Kemudian kawan dia cerita yang sebenarnya dia dari keluarga yg betul-betul susah, dekat kampung ada seorang adik OKU dan mak dia. Ayah dah tiada.
“Adik dia yang OKU suka sangat air coklat. Waktu ini aku dah pelik, apa kena mengena. Adik dia yg suka kenapa dia yang minum pulak kan?
Terminum tanpa sengaja
Rakannya itu terus menyambung cerita dan memberitahu satu kejadian di mana adiknya yang kelainan upaya itu pada satu hari telah terminum air coklat yang diletakkan di atas meja sebuah kedai makan.
Adiknya ketika itu yang sampai ke kedai tersebut secara tidak sengaja ketika leka bermain menyangkakan air tersebut tidak bertuan dan meminumnya sampai habis hanya untuk menyedari air tersebut sebenarnya mempunyai tuan.
Berpunca daripada kejadian itu, lelaki tersebut atau abangnya itu kemudiannya membawa pulang sekotak air coklat untuk adiknya namun ketika itu adiknya sudah meninggal dunia.
Manakala orang yang memukul adiknya pula tidak dapat dikesan dan tambah menyayat hati ibunya juga turut meninggal dunia seminggu kemudian kerana tidak mempunyai selera makan akibat terlalu merindukan adiknya itu.
Selepas kejadian tersebut, lelaki tersebut kemudiannya hidup seorang diri kerana telah kematian ahli keluarganya dan tambah menyedihkan ibu dan adiknya meninggal hanya kerana kejadian meminum air coklat di kedai tersebut.
Walaupun air Milo tersebut bukanlah sesuatu yang tinggi harganya namun buat pekerja asing tersebut nilai yang dipegangnya tidak sama dengan orang lain.
Perkongsian di Twitter itu sehingga kini sudah mendapat lebih 30,000 retweet dengan rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak selepas mendengar kisah lelaki tersebut.
Milo bukan sahaja menjadi kegemaran dan sinonim dengan masyarakat terutama kanak-kanak di Malaysia, namun ia turut menjadi pilihan di serata dunia. Baca perkongsian daripada lelaki ini bagaimana minuman bercoklat itu berjaya menakluk dunia di pautan di bawah.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio